• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengaku Bersalah Buang Janin Dalam Mangkuk Tandas

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seorang pekerja logistik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang janin bayi dalam mangkuk tandas yang ditemukan di loji rawatan kumbahan di sebuah taman perumahan pada 3 November lepas.

Tertuduh Maria Resi Pora, 26, membuat pengakuan itu selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula bagi menunggu laporan patologi sebelum menjatuhkan hukuman.

Wanita yang berasal dari Kota Marudu, Sabah itu didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.

Maria yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang semasa membuat pengakuan bersalah dan memohon jaminan yang rendah kerana beliau mempunyai ibu yang sudah tua dan adik-beradik yang perlu dijaga.

Leona membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin tempatan dan memerintahkan supaya terus berada di dalam lokap polis sehingga wang jaminan diselesaikan selain mengarahkan agar pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Pada 7 November lepas, polis menahan tertuduh berikutan penemuan janin berusia 24 hingga 28 minggu dalam perangkap sampah di loji rawatan kumbahan di Taman Mahkota Impian, oleh pekerja Indah Water Consortium Sdn. Bhd. yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kira-kira 8 pagi, 4 November.

Polis menahan tertuduh di Lapangan Terbang Labuan sebaik tiba dari Miri, Sarawak kira-kira 11.55 pagi – turut ditahan adalah teman lelakinya seorang penjawat awam berusia 26 tahun yang sedang menunggu ketibaan tertuduh di lapangan terbang terbabit.

Lelaki itu masih direman sehingga mendapat keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) daripada pakar patologi.

Tags: buang janin bayimangkuk tandas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kesan Suspek Sumbat Bayi Dalam Mangkuk Tandas

24/09/2019
0

KUANTAN - Polis sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengesan suspek yang sanggup bertindak kejam dengan menyumbat bayi lelaki yang dipercayai...

Wanita Tahan Sakit Sejam Kaki Masuk Jamban

14/09/2017
0

GOMBAK - Seorang wanita menahan azab lebih sejam apabila kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas di kediamannya. Dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd