• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berhak Semak Semula Harga Air Ke Singapura

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia masih mempunyai hak untuk menyemak semula harga air yang dibekalkan ke Singapura walaupun negara jiran berkenaan mendakwa negara kehilangan hak berbuat demikian setelah gagal melakukan perkara itu pada 1987 sehingga 2012, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr. A Xavier Jayakumar berkata, Jabatan Peguam Negara telah mengesahkan perkara itu berdasarkan klausa 14 Perjanjian 1962 yang menyebut semakan harga air masih boleh dilakukan setiap tahun selepas perjanjian itu ditandatangani.

Katanya, pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Singapura berhubung isu itu.

“Jadi kita harap Singapura boleh terima cadangan daripada kerajaan Malaysia untuk kita adakan perbincangan isu ini. Kita perlu lakukan sesuatu kerana kadar (tiga sen bagi setiap 1,000 gelen air) ini tidak munasabah dan terlalu murah jika dibandingkan dengan kadar penjualan air mentah di negara lain,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Santhara Kumar Ramandu (PH-Segamat) yang bertanyakan tentang isu penjualan air mentah kepada Singapura dan langkah kementerian untuk memastikan kemampanan bekalan air dalam jangka panjang.

Contohnya Xavier berkata, China menjual air ke Hong Kong pada kadar RM14.50 untuk 1,000 gelen, dan China-Taiwan (RM5.80) malah penjualan air mentah dalam negara seperti di Pahang-Selangor juga tinggi iaitu (46 sen) dan Johor-Melaka (50 sen).

Sehubungan itu beliau berkata, tidak wajar untuk Malaysia terus menjual air kepada Singapura dengan kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Katanya, walaupun kementerian menghormati obligasi Malaysia seperti yang termaktub dalam perjanjian itu, Malaysia telah berkorban sumber air untuk kepentingan pihak lain dengan mempertaruhkan kepentingan seluruh rakyat Johor.

Menurutnya, banyak perbelanjaan juga perlu dikeluarkan bagi memastikan Singapura dapat mengekstrak 250 juta gelen air mentah sehari dari Sungai Johor, malah kementerian sendiri membelanjakan hampir RM100 juta bagi membina baraj Sungai Johor untuk mengelak kemasukan air masin ke sungai itu.

Sehubungan itu beliau sekali lagi menegaskan pelaburan besar kerajaan itu tidak setimpal dengan harga tiga sen bagi setiap 1,000 gelen air yang dijual dan berharap kerajaan Singapura dapat bersikap terbuka dalam soal tersebut.

Tags: harga airSingapuraXavier Jayakumar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd