• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Hantar Surat Rasmi Kepada India Mengenai Zakir

oleh
08/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menghantar surat rasmi kepada India mengenai pendirian untuk tidak menghantar pulang pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik ke negara asalnya.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan perkara itu adalah susulan permintaan yang disuarakan rakan sejawatnya dari India, S.Jaishakar supaya Malaysia memberikan jawapan secara rasmi mengenai perkara itu.

“Dalam pertemuan di Sidang Kemuncak ASEAN di Bangkok minggu lalu, beliau menimbulkan perkara berkenaan secara tertib meminta supaya kita menghantar surat jawapan rasmi.

“Sehubungan itu, kita dalam perbincangan bersama Peguam Negara untuk memberikan jawapan yang paling tepat perlu disampaikan kepada mereka,” katanya ketika sesi penggulungan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2020, di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini menegaskan untuk tetap dengan pendirian tidak akan menghantar pulang penceramah bebas itu ke India.

Saifuddin menegaskan, dalam pertemuan Dr. Mahathir dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di Vladivostok, Russia, sebelum ini juga tidak membincangkan mengenai perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, Kabinet mengarahkan Kementerian Pendidikan mengkaji semula kewajaran untuk meneruskan operasi Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di negara.

“Ini adalah idea (penubuhan) kementerian berkenaan sebab itu kita tidak teruskan pusat berkenaan. Tetapi sekarang kerajaan meminta supaya Kementerian Pendidikan mengkaji semula dan jika ada kewajaran akan diteruskan,” katanya.

Tahun lalu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan mengambil keputusan menghentikan operasi KSCIP yang diwujudkan bagi membanteras golongan radikal dan ekstremis.

Pusat itu diilhamkan selepas kunjungan Raja Salman ke negara ini pada Mac 2017 yang turut membabitkan Kementerian Pertahanan dan Arab Saudi yang dikenali sebagai Rabitah al-Alam al-Islami. – BH Online

Tags: IndiaSaifuddin AbdullahZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

02/11/2025
0

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye ke “International Fleet Review 2026” New Delhi – Dalam satu langkah yang menarik...

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd