• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benarkan Prosiding Komital Peguam Negara Ditangguh

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner membenarkan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menangguhkan rayuan berhubung pendengaran prosiding kes komital (hina mahkamah) yang tertangguh sebelum ini.

Rayuan itu berkaitan punca kematian anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner Rofiah Mohamad, membuat keputusan itu pagi ini selepas mendengar permohonan, afidavit dan hujahan berkenaan.

Rofiah berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat konkrit berhubung rayuan Peguam Negara yang dianggap oleh Mahkamah Tinggi sebagai rayuan jenayah.

Beliau menganggap prosiding yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi sangat substantif kerana jika mahkamah lebih tinggi itu membenarkan rayuan berkenaan ia akan memusnahkan asas kepada permohonan komital.

“Jika ditangguhkan permohonan komital ini, situasi memalukan dapat dielakkan kerana keputusan rayuan itu sudah ditetapkan pada 25 November.

“Mahkamah Tinggi sudah menetapkan untuk mendengar notis usul pemohon membatalkan notis rayuan itu,” katanya.

Beliau berkata, jika Mahkamah Tinggi membenarkan notis untuk membatalkan rayuan Peguam Negara itu, prosiding komital boleh diteruskan.

Mahkamah menetapkan 25 November ini untuk pengurusan kes komital itu.

Pada 16 Julai lalu, bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, memfailkan permohonan perintah komital kepada Tommy kerana menghina mahkamah berkaitan proses inkuiri kematian anaknya ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield pada 27 November tahun lalu.

Permohonan sebelah pihak itu dibuat melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associate di Pejabat Pendaftar Mahkamah Koroner.

27 Ogos lalu, Rofiah membuat keputusan untuk prosiding itu didengar sebelum Peguam Negara melalui Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap keputusan Koroner itu dua hari kemudian.

Hanif Khatri Abdulla mewakili keluarga Mohd Kassim pada prosiding hari ini. – Sinar Harian

Tags: mahkamah koronerPeguam Negaraprosiding komitalTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

13/08/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd