• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Malaysia Ada Undang-Undang, Senarai Sendiri

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai undang-undang dan senarai sendiri berhubung kumpulan pengganas, dan tidak perlu mengikut senarai kumpulan pengganas yang dikeluarkan negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata AS berhak dan mempunyai sebab tersendiri untuk mengeluarkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) daripada senarai mereka dan ia tidak boleh dijadikan sebagai asas bagi Malaysia.

“Kita ini negara berdaulat. Setiap apa yang kita buat melalui standard operasi prosedur (SOP) yang mantap.

“Kita ada undang-undang dan senarai kita sendiri, jadi kita ikut senarai kita. Kita bukan ikut orang.

“Kita tidak boleh mengambil senarai daripada AS untuk dijadikan asas. Kalau AS mahu keluarkan, mereka boleh keluarkan tapi banyak negara lain yang menyenaraikan LTTE sebagai pengganas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjadi ahli panel pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2019 dengan tema “Membina Kepercayaan dan Ketelusan: Bekerjasama, Mempercepat, Memperkukuh” di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan sesetengah pihak yang LTTE tidak disebut dalam laporan AS mengenai keganasan.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka kerana dipercayai memberikan sokongan kepada LTTE, November tahun lalu. – BH Online

Tags: Amerika SyarikatLTTEPDRMpengganasundang-undang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

26/11/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tindakan Amerika Syarikat didakwa meminta kerajaan Lubnan menyerahkan semula bom GBU-39B yang tidak meletup dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd