• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Tidak Gentar Disiasat Melalui IPCMC

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador sedia disiasat melalui Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) jika terlibat dengan sebarang salahlaku.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas bahawa KPN juga tidak akan terkecuali daripada disiasat.

“Tiada masalah bagi saya, kalau tiada IPCMC pun saya rela disiasat jika saya buat kesalahan selaku KPN. Saya warganegara Malaysia tertakluk kepada undang-undang yang sama. Apa istimewanya KPN?

“Kalau dah kata kerajaan atau Parlimen nyatakan perlu ada klausa, silakan. Saya tidak akan bantah, saya tak gentar, kalau tak buat salah apa nak ditakutkan walaupun undang-undang itu sampai ke bulan, bintang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Hari Anugerah 2019, Apresiasi Murid dan Graduasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut di sini hari ini.

Abdul Hamid yang juga alumni sekolah itu bagi sesi 1966 hingga 1970 dan kembali sempena majlis berkenaan selepas hampir 50 tahun meninggalkan sekolah terbabit.

Hadir sama, Guru Besar Abu Kasim Abd Rahman dan juga Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut, Dr. Azman Uzir.

Menurutnya, beliau bukan seorang diktator dan menyifatkan ia satu polemik dan kebudak-budakan.

Sementara itu, katanya, permit untuk kempen dari rumah ke rumah atau tinjauan mesra (walkabout) tidak dilakukan atas desakan mana-mana pihak dan arahan permohonan permit bertujuan mengelakkan pertembungan antara penyokong parti bertanding.

“Mereka perlu mengisi borang dengan butiran kempen atas faktor keselamatan. Saya tidak mahu ada sekatan (pada) politik dan kita mahu (ada) demokrasi namun ada pertimbangan keselamatan. Jika berlaku apa-apa nanti, saya tidak mahu lepas tangan.

“Tapi dalam isu ini dua-dua pihak juga marah dan tidak puas hati, baik dari Pakatan Harapan atau Barisan Nasional. Jika kedua-dua pihak tidak mahu, kita boleh tarik semula (arahan itu) bila-bila masa,” katanya.

Isu berkenaan tercetus berikutan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai hingga menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Tags: Abdul Hamid BadorIPCMCKetua Polis Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

27/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis dan kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan konspirasi...

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

16/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd