• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Adib: Polis Guna Mesin Poligraf Ke Atas Saksi Utama

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan menggunakan mesin poligraf terhadap tujuh saksi utama yang akan tampil bagi membantu siasatan kes arwah Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya mengenal pasti tujuh saksi utama yang dipercayai berada di lokasi ketika kejadian.

“Mesin poligraf ini dapat membantu bagi memastikan individu berkenaan telus memberi keterangan atau tidak.

“Kita akan mendapat bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menggunakan mesin tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, tadi.

Menurutnya, seramai 30 saksi telah memberi keterangan semasa inkues tersebut.

“28 daripada saksi itu pernah kita rakam percakapan sebelum ini, manakala dua doktor pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur telah tampil ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan hari ini,” katanya.

Beliau berkata, polis akan merakam percakapan Pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ir. Dr. Amir Radzi Ab. Ghani dan bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang dahulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid.

“Kedua-dua individu akan dirakam percakapan dalam masa terdekat,” katanya.

Pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

Tags: anggota bombaKuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jual MyKad: Mahkamah Tolak Notis Usul 6 Tertuduh

Next Post

Harga Istimewa 5 Hari 4 Malam Ke Taiwan Oleh Five Estec Travel

Related Posts

Tanah Jerlus: Anggota Bomba Bergilir Turun Loji IWK

Tanah Jerlus: Anggota Bomba Bergilir Turun Loji IWK

29/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, dilihat...

Anggota Bomba Cedera Terkena Serpihan Letupan Kebakaran

07/03/2022
0

TAIPING : Seorang anggota bomba cedera akibat terkena serpihan letupan ketika operasi memadam kebakaran di Bazar Tsen Loong, Jalan Taming...

Next Post

Harga Istimewa 5 Hari 4 Malam Ke Taiwan Oleh Five Estec Travel

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd