• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Buat Pinjaman Bayar Gaji Penjawat Awam

oleh
28/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan dakwaan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan bahawa kerajaan Persekutuan terpaksa meminjam wang untuk membayar gaji penjawat awam.

Guan Eng berkata, kerajaan Persekutuan mempunyai sumber mencukupi untuk membayar gaji penjawat awam dan tidak pernah membuat sebarang pinjaman seperti dilakukan kerajaan Kelantan pada Oktober lalu untuk membayar gaji anggota pentadbiran negeri itu.

“Ia terbukti apabila penarafan kredit berdaulat Malaysia kekal tinggi pada paras A3 atau A- dengan unjuran stabil. Sekiranya kerajaan Persekutuan terpaksa meminjam untuk membayar gaji penjawat awam, ia akan menjurus kepada penurunan penarafan kredit.

“Saya ingin tegaskan di sini, kerajaan mempunyai sumber mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan gaji dan tidak perlu meminjam untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Guan Eng berkata demikian bagi menafikan kenyataan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu pada Isnin lalu yang mendakwa, kerajaan Persekutuan terpaksa meminjam wang untuk membayar gaji penjawat awam.

Menurut Guan Eng, segala pinjaman kerajaan Persekutuan adalah untuk membiayai defisit fiskal dan perbelanjaan pembangunan, seperti yang biasa dilakukan pentadbiran terdahulu.

“Kerajaan sedang menepati sasaran merendahkan defisit fiskalnya daripada 3.7% berbanding KDNK pada tahun 2018, kepada 3.4% untuk tahun ini. Perbelanjaan mengurus seperti pembayaran gaji langsung tidak dibiayai melalui pinjaman,” katanya.

Jelas Guan Eng, Mohamad sewajarnya menyasarkan kritikannya kepada kerajaan negeri Kelantan, bukannya kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana situasi dialami kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan adalah amat berbeza.

“Kementerian kewangan pada 14 Oktober lalu meluluskan permohonan pendahuluan daripada kerajaan negeri Kelantan berjumlah RM100 juta untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan negeri tersebut.

“Ini termasuk untuk membayar gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri sehingga penghujung tahun 2019. Pada tahun 2018, kerajaan Persekutuan juga mendahulukan wang sejumlah RM91.5 juta kepada kerajaan negeri bagi tujuan sama.

“Jelas sekali bahawa kritikan Mohamad Hassan sudah jauh tersasar dan sepatutnya dialihkan ke arah kerajaan negeri Kelantan dan bukannya kerajaan Persekutuan,” katanya. – FMT

Tags: kerajaan persekutuanLim Guan EngPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Pesara RM250

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Pesara RM250

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak....

Himpunan Turun Anwar: Penjawat Awam Perlu Jaga Integriti, Etika – Peguam Negara

Himpunan Turun Anwar: Penjawat Awam Perlu Jaga Integriti, Etika – Peguam Negara

26/07/2025
0

MACHANG - Jabatan Peguam Negara menasihatkan penjawat awam agar tidak melibatkan diri dalam Himpunan Turun Anwar yang berlangsung pada Sabtu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd