• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Batal Lesen Pemilik Ladang Sawit Gagal Dapat Sijil MPSO

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik ladang kelapa sawit yang mempunyai tanah seluas 100 ekar (40 hektar) berdepan risiko lesen dibatalkan sekiranya gagal mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MPSO) mulai tahun depan, kata Menteri Perindustrian Utama, Teresa Kok.

Beliau berkata langkah itu bertujuan membuktikan kesungguhan kerajaan berhubung perlaksanaan persijilan MPSO.

“Setakat Oktober 2019, 328 kilang minyak sawit atau 72.6 peratus daripada keseluruhan 448 kilang minyak sawit telah memperoleh sijil MPSO,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB PIPOC) 2019 di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Teresa berkata setakat Oktober 2019, 60 peratus daripada keseluruhan kawasan penanaman kelapa sawit telah memperoleh sijil MPSO.

“Kerajaan menyasarkan 70 peratus kawasan penanaman kepala sawit memperoleh sijil MPSO menjelang Februari 2020,” katanya.

Mengenai usaha Malaysia supaya Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) campur tangan berhubung dasar diskriminatif Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak sawit, Teresa menegaskan bahawa kertas Kabinet mengenai isu itu telah diedarkan dalam kalangan menteri.

“Kami akan membentangkan dan membincangkan kertas itu pada Mesyuarat Kabinet bulan depan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata industri minyak sawit di Malaysia telah diarahkan untuk mematuhi tahap 3MCPDE (3-Monochloropropane-1, 2-diol ester) 2.5 ppm untuk produk makanan yang ditetapkan oleh EU menjelang 2021.

“Beberapa pusingan rundingan telah dilakukan bersama penggiat industri, dan kami kini dalam proses menguatkuasakan beberapa peraturan bagi memastikan pengeluaran minyak sawit memenuhi tahap keselamatan yang diterima untuk 3MCPDE,” katanya.

Teresa juga berkata pada awal tahun depan, kerajaan akan mencari dana khusus untuk inisiatif hijau, terutama bagi penanaman pokok dan pemuliharaan hidupan liar, dengan bayaran RM1 akan dikumpulkan untuk tujuan itu.

Tags: ladang kelapa sawitsijil MPSOTeresa Kok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Mati Dibunuh Di Ladang Kelapa Sawit

Lelaki Mati Dibunuh Di Ladang Kelapa Sawit

11/03/2023
0

LUNDU – Seorang lelaki mati dipercayai dibunuh di kawasan sebuah ladang kelapa sawit di sini, malam tadi. Ikuti Mynewshub: Telegram Ketua...

Covid-19: Pekebun Getah, Sawit Boleh Teruskan Aktiviti

19/03/2020
0

PUTRAJAYA - Penoreh getah dibenarkan meneruskan aktiviti menoreh bagi memastikan keperluan bekalan bahan mentah untuk penghasilan produk peralatan perubatan seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd