• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan MCA Muafakat Semua Kaum – Wee Ka Siong

oleh
18/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai tidak akan mencapai kemenangan sekiranya tanpa penglibatan pelbagai parti politik dalam gabungan Muafakat Nasional, kata presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong.

“Kemenangan BN di Tanjung Piai merupakan muafakat semua rakyat, tidak mungkin kalau dapat sokongan dari satu kaum tak kira Melayu, India dan Cina, muafakat bermaksud kebersamaan, ada haluan sama,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada Sabtu lalu, MCA berjaya merampas semula kerusi Tanjung Piai daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila calonnya, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Saidini yang memperoleh 10,380 undi.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, kemenangan BN di Tanjung Piai membuktikan gabungan pembangkang mempunyai hala tuju yang sama tidak kira dalam gabungan BN mahupun Muafakat Nasional yang dikemudi UMNO dan PAS.

“Ada permikiran seperti itu, ada haluan sama, sebab itu boleh lihat sesuatu di luar jangkaan.

“Bagi saya, tak kira atas nama setiakawan BN, atau Muafakat Nasional, atau solidariti pembangkang, bagi saya yang penting kita tetap perjuangkan nasib rakyat,” katanya lagi.

Pada sidang media sama, Jeck Seng berkata, beliau akan sedaya upaya mengetengahkan janji-janji kerajaan pusat di Parlimen Tanjung Piai.

“Mulai hari ini pusat khidmat saya bermula di 2 tempat, Pekan Nanas dan Pontian.

“Paling penting, masalah-masalah PH yang buat janji itu, kami harap kerajaan mesti tunaikan terutama golongan nelayan dan penternak sangkar ikan masin,” katanya.

Tags: Barisan NasionalKaumMCAmuafakat nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd