• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Perketat Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

oleh
14/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), yang antara lain mempertimbangkan tindakan ke atas pihak memiliki data peribadi yang diperoleh secara tidak sah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata pihaknya akan mengambil pandangan semua pihak bagi memastikan masalah kebocoran data peribadi dilihat dari pelbagai sudut, sejajar perkembangan ekonomi digital dan kepentingan e-dagang.

“Apabila ada kebocoran (data peribadi), kita boleh terus melihat pihak yang terbabit dalam isu kebocoran itu. Jika kita buat siasatan melalui sistem sedia ada, kita seringkali boleh kesan bagaimana ia berlaku.

“Bagaimanapun, soal mereka yang dapat atau memperoleh data itu secara tidak sah, ia seharusnya turut terpakai (di bawah undang-undang). Kita kena pastikan bahawa apa juga yang kita dapat adalah melalui proses yang sah.

“Justeru, jika kita mahu memperketatkan (akta), kita perlu lihat dari semua sudut, iaitu sekeliling pihak yang menyebabkan kebocoran itu dan yang menggunakan data itu,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Gobind menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PH-Beluran), sama ada kementerian akan menggubal undang-undang bagi membolehkan organisasi yang mana data peribadi pelanggannya diceroboh, dikenakan tindakan selain penjenayah siber yang melakukannya.

Mengenai langkah kementerian bagi menangani kes kebocoran data peribadi yang dilaporkan dan sejauh mana keberkesanan Akta 709 dalam menanangani masalah itu, beliau berkata, kerajaan menguatkuasakan pelbagai peruntukan bagi melindungi data pengguna.

Antaranya, Arahan 24 Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mewajibkan semua agensi kerajaan dan organisasi yang dikenal pasti sebagai Infrastruktur Maklumat Kritikal Nasional termasuk syarikat telekomunikasi mematuhi Standard ISO 27001: Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat.

Standard ISO 27001: Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat menekankan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan (CIA) terhadap sistem maklumat.

Pada peringkat industri telekomunikasi dan multimedia, Kod Amalan Am Pengguna turut menekankan aspek keselamatan data supaya penyedia perkhidmatan dapat mengambil langkah ketat untuk memastikan perlindungan data peribadi pengguna di tahap yang tinggi.

Selain itu, Akta 709 di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terbabit dalam urus niaga komersial oleh pengguna data untuk mengelak ia disalah guna pihak berkepentingan.

Bermula 2017 pula, Gobind memaklumkan, JPDP melaksanakan tindakan pendakwaan dan kompaun bagi siasatan yang membabitkan pelanggaran Akta 709.

Sehingga 30 Oktober lalu, katanya, lima Orang Kena Saman (OKS) didakwa di mahkamah dengan jumlah denda RM54,000 dan tujuh Orang Kena Kompaun (OKK) dikompaun sebanyak RM80,000.

Menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai usaha kementerian untuk mengawal penggodaman rentas sempadan, Gobind menjelaskan, isu itu sentiasa diberi perhatian di peringkat antarabangsa dan rantau ini.

“Kita mempunyai sistem untuk melakukan siasatan, namun kita perlukan lebih kepakaran dan bantuan makmal supaya siasatan boleh dilaksanakan lebih cepat, selain bagaimana menyekat kebocoran dan jika berlaku, bagaimana ia boleh disekat lebih pantas,” katanya.

Tags: Akta 709akta perlindungan data peribadi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fahmi Kemuka Usul Pinda Akta Perlindungan Data Peribadi

Fahmi Kemuka Usul Pinda Akta Perlindungan Data Peribadi

16/07/2022
0

Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR Fahmi Fadzil mengemukakan notis usul kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd