• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jarak Merokok 3 Meter Kekal

oleh
01/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan mengubah sama sekali jarak merokok tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka kepada jarak lebih jauh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata jarak itu relevan dan selari dengan ketetapan serta kajian dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini.

“Saya tidak akan berganjak sekalipun. Itu berdasarkan satu kajian dibuat WHO, dengan jarak tiga meter sebagai satu yang dapat menjauhkan kesan rokok secara pasif.

“Saya kira tidak wajar mengubah jarak itu sama sekali,” katanya ketika menjawab soalan media di lobi Parlimen, di sini hari ini sebagai maklum balas terhadap cadangan beberapa pihak meminta jarak itu dipanjangkan.

Menyentuh kawasan khusus untuk perokok di premis makanan, Dzulkefly berkata, pihaknya ada berbincang perkara itu dengan Kementerian Perubahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bagi menetapkan satu model sesuai.

Katanya, kementeriannya menyerahkan sepenuhnya kepada KPKT dalam menentukan spesifikasi bersesuaian, memandangkan kuasa untuk menentukannnya terletak di bawah mereka.

“Saya sudah bercakap dengan menteri KPKT tadi dalam Dewan Rakyat dan beliau akan memulakannya untuk melaksanakan dibeberapa PBT. Daripada situ kita akan ada model untuk pelaksanaannya.

“Sebab kalau kita (KKM) melaksanankan dia akan memberikan satu persepsi yang salah pada waktu kita berusaha mencegah dan melarang (merokok ditempat terbuka). Tapi kerjasama dengan KPKT sangat baik.

“Beliau (Menteri KPKT) sudah ada pelan tindakan dan kita ambil itu sebagai model pelaksanaannya,” katanya.

Bermula 1 Januari lalu, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka, namun perokok masih dibenarkan merokok pada jarak tiga meter dari luar restoran terbabit.

Dengan penguatkuasaan peraturan itu, perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 atau boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Tags: KKMLarangan Merokokmerokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd