• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalur Gemilang Bintang 5: KBS Akan Lakukan Siasatan Terperinci

oleh
26/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Tindakan memaparkan bendera kebangsaan yang salah adalah satu perkara yang sangat memalukan dan tidak melambangkan budaya Malaysia yang sebenar, kata Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, KBS akan melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap pihak berkaitan.

“Tindakan KBS adalah untuk memastikan siasatan dan tindakan diambil ke atas persatuan tersebut.

“Kita perlu melalui beberapa prosedur sebelum mengambil apa-apa tindakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Reben Kuning: PEKA@MRCB di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu bendera kebangsaan Jalur Gemilang dengan bintang lima ketika perasmian Piala Lum Mun Chak yang dianjurkan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) semalam.

Susulan kejadian itu, MABA dalam laman webnya telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan pencinta sukan bola keranjang di atas kesilapan berkenaan.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, beliau yakin dengan kemampuan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, kendalian Datuk Ong Kim Swee pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Katanya, walaupun Malaysia terikat 1-1 bersama Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan A itu semalam, pihaknya optimis pasukan itu akan bangkit dalam perlawanan akan datang.

“Apa yang penting pada waktu ini adalah sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Malaysia seterusnya akan menentang Filipina pada Jumaat ini, diikuti aksi menentang Timor Leste (Isnin) dan Kemboja, dua hari kemudian.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan layak ke separuh akhir.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas di pentas Sukan SEA adalah pada edisi 2011 di Jakarta. Pada edisi 2017, Malaysia merangkul pingat perak selepas tewas 0-1 kepada Thailand.

Tags: bendera malaysiajalur gemilangKBSSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd