• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Harga Pengguna Oktober Naik 1.1 Peratus

oleh
20/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Oktober meningkat 1.1 peratus kepada 122.0 berbanding 120.7 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Kenaikan indeks keseluruhan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks Minuman Alkohol & Tembakau (2.2%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.2%), Pendidikan (1.9%) dan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.8%).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.2 peratus kepada 122.0 berbanding bulan September 2019.

Peningkatan ini disumbangkan oleh Komunikasi (1.6%), Pengangkutan (0.2%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.1%), Kesihatan (0.1%) dan Pendidikan (0.1%).

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari hingga Oktober 2019 meningkat 0.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurutnya, indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol meningkat 1.8 peratus pada Oktober 2019 berbanding tempoh masa yang sama pada tahun sebelumnya.

Kenaikan ini didorong oleh kenaikan subkumpulan Susu & Telur (2.3%), Ikan & Makanan Laut (1.4%), Buah-buahan (1.4%) dan Keluaran Makanan yang tidak dikelaskan di mana-mana (1.4%).

Indeks Makanan di Luar Rumah meningkat 2.9 peratus pada Oktober 2019 berbanding Oktober 2018. Kenaikan harga bagi Ayam Goreng, Burger dan Makanan Laut selain Ikan telah menyumbang kepada kenaikan indeks bagi subkumpulan ini.

Tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.3%), Pulau Pinang (1.3%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.2%) menunjukkan kenaikan melepasi paras IHP nasional 1.1 peratus pada Oktober 2019 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol. Kenaikan tertinggi telah direkodkan oleh Johor (2.5%) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.4%), Pulau Pinang (2.1%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.0%).

Kenaikan ini adalah melebihi paras indeks nasional kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol bagi bulan Oktober 2019.

Tags: Indeks Harga Pengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Unjuran Inflasi Tahun Ini Dinaikkan

Unjuran Inflasi Tahun Ini Dinaikkan

26/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Indeks harga pengguna (IHP), penanda aras utama inflasi, bagi tahun ini telah disemak semula kepada lebih tinggi kepada...

Indeks Harga Pengguna Naik 2.2 Peratus Pada Mac Lalu

22/04/2022
0

KUALA LUMPUR - Indeks Harga Pengguna (IHP) bulan Mac 2022 meningkat 2.2 peratus kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd