• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang Percutian Pula Tak Bayar, Maruah Melayu Apa? – Kadir

oleh
08/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat Komunikasi dan Media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin menyindir tindakan seorang menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menjelaskan hutang percutian.

Tanpa menamakan menteri berkenaan, A. Kadir Jasin secara sinis mempersoalkan maruah pemimpin Melayu berkenaan yang disifatkan sebagai memalukan.

“Hutang pelajaran tak bayar. Hutang kereta tak bayar. Sekarang hutang percutian pula tak bayar. Maruah Melayu apa?” soal beliau menerusi hantaran ringkas tetapi bermakna dalam akaun Facebooknya semalam.

Semalam tular di media sosial yang memetik nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai mungkin didakwa di mahkamah oleh sebuah syarikat agensi pelancongan atas dakwaan gagal membayar bil pelancongan lebih RM300,000.

Kegagalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi membayar hutang itu dilaporkan Sarawak Report yang turut memuatnaik gambar keluarga Mohamed Azmin ketika bercuti.

Ia termasuk lawatan peribadi keluarganya dan dirinya ke Sandakan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu Mei lalu, menurut Sarawak Report.

Sarawak Report memetik dokumen difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah itu termasuk tambang penerbangan Timbalan Presiden PKR itu dalam tempoh enam bulan.

Sementara itu, Mohamed Azmin dalam responnya memberitahu, belum menerima sebarang surat saman daripada agensi pelancongan terbabit berhubung dakwaan gagal menjelaskan bil sebanyak RM300,000.

Beliau telah meminta pegawainya membuat semakan terhadap kenyataan yang dibuat oleh agensi pelancongan itu.

“Saya telah meminta pegawai-pegawai saya membuat semakan, kalau ada baki yang belum dibayar, saya akan bayar.

“Itu tanggungjawab saya untuk membayar hutang jadi biarlah semakan dibuat terlebih dahulu,” kata Mohamed Azmin. – MalaysiaGazette

Tags: A Kadir Jasinagensi pelanconganhutang percutianMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Lelaki Ditemukan Di Sungai Kim Kim

Next Post

Pelajar Tahfiz Mati Dipercayai Dipukul

Related Posts

Bilik Kucing Peliharaan Keluarga Ahmad Zahid Terbakar

Agensi Pelancongan Dirompak Perompak, Polis

22/04/2023
0

BUENOS AIRES – Sebuah agensi pelancongan di Argentina mengalami nasib malang apabila dirompak dua kali dalam masa satu hari oleh...

Pesara Tampil Buat Laporan Agensi Pelancongan Tawar Pakej Haji Tidak Wujud

Pesara Tampil Buat Laporan Agensi Pelancongan Tawar Pakej Haji Tidak Wujud

11/07/2022
0

KUALA TERENGGANU : Seorang pesara tampil membuat laporan polis terhadap sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji yang tidak wujud...

Next Post

Pelajar Tahfiz Mati Dipercayai Dipukul

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd