• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaduh Akibat Cemburu Dipercayai Punca Pelajar Tahfiz Maut

oleh
10/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Cemburu dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lanchang, Temerloh dekat sini, yang berakhir dengan kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun, Mohammad Aimin Nurul Amin pada Khamis lepas.

Ketua Polis Pahang, Abd Jalil Hassan berkata mangsa, yang baru belajar di situ mulai pertengahan Oktober lalu difahamkan mendapat lebih perhatian daripada pasangan suami isteri yang mengusahakan pusat tahfiz berkenaan.

“Mangsa yang merupakan pelajar paling muda di situ juga difahamkan agak mesra dan manja dengan pasangan tersebut sehingga dipercayai menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan pelajar lain yang membawa kepada pergaduhan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Abd Jalil berkata bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh semalam, mengesahkan punca kematian Mohammad Aimin adalah disebabkan trauma pada dada dan abdomen oleh permukaan atau objek tumpul.

Beliau memaklumkan tiga pelajar pusat tahfiz berusia 13 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kematian Mohammad Aimin, kini direman sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohammad Aimin yang disahkan meninggal dunia sekitar 1.20 tengah hari Khamis, semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang di Temerloh.

Mohammad Aimin dibawa ke klinik itu oleh isteri pengusaha pusat tahfiz berkenaan, yang menemui mangsa dalam keadaan lemah di asrama, selepas menyedari mangsa tidak bersama pelajar lain ke masjid bagi menunaikan solat zuhur.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada tubuh mangsa, yang difahamkan dihantar ke pusat tahfiz itu bersama abang tirinya.

Pusat tahfiz yang terletak di Kampung Kuala Kaung, Lanchang itu difahamkan mula beroperasi sejak awal tahun lepas dan tidak pernah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan setakat ini mempunyai 14 pelajar, dengan hanya empat daripadanya menetap di asrama.

Dalam pada itu, tiga remaja yang dipercayai terlibat dengan kes kematian pelajar terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Othman Nanyan yang memaklumkan perkara itu semasa dihubungi di sini hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Tags: cemburuKes KematianPelajar Tahfizpusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

22/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama kejadian simbah asid membabitkan pengusaha spa di Bachok, Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd