• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Kerang Terdampar Di Pantai Bukan Petanda Tsunami

oleh
16/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Fenomena ribuan kerang bulu yang terdampar di Pantai Rhu Dua, Rusila sejak empat hari lepas tiada kaitan dengan tsunami atau petanda banjir besar seperti tanggapan pihak tertentu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Mazlan Abd Ghaffar berkata sebaliknya kejadian itu berkait rapat dengan faktor hujan lebat dan hakisan pantai terutama pada musim tengkujuh.

Selain itu, faktor penurunan tahap kemasinan air di kawasan muara yang menjadi habitat kerang turut menyumbang kepada fenomena itu.

“Kerang bulu atau nama saintifiknya ‘Anadara pilula’ adalah sejenis hidupan laut yang hidup di bawah lapisan mendapan (sedimen) di kawasan muara dan ia makan secara menapis.

“Pada musim tengkujuh, hujan lebat dan aliran air sungai yang laju akan menghakis sedimen menyebabkan kerang tersebut terdedah kepada arus seterusnya terdampar di pantai apabila ditolak ombak besar seperti mana berlaku di Rusila,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata keadaan sekitar sungai Marang yang berlumpur juga menjadikan kawasan itu sesuai sebagai habitat kerang.

Ia berbeza dengan sungai di daerah-daerah lain seperti sungai Terengganu yang mana keadaannya lebih berpasir dan kurang sesuai untuk hidupan berkenaan.

“Fenomena kerang terdampar mungkin kelihatan luar biasa bagi masyarakat di Terengganu kerana tidak banyak populasi kerang di sini.

“Yang ada cuma spesies kerang bulu berbanding sebelah Pantai Barat yang mempunyai dua atau tiga spesies dan populasi kerangnya pula sangat banyak kerana keadaan sungai dan pantai yang berlumpur,” katanya.

Tags: banjir besarKerang buluTerengganuTsunami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

30/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd