• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Saman Isa Samad, 19 Yang Lain Isu Tanah Jalan Semarak

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad dan Shahrir Abdul Samad, syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) serta 18 yang lain untuk mendapatkan perintah bagi membatalkan dengan serta merta semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak.

Felda dan Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) selaku plaintif memfailkan saman itu melalui e-filing Mahkamah Tinggi Sivil menerusi firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dengan menamakan 21 mereka sebagai defendan.

Antara yang dinamakan sebagai defendan ialah ialah bekas pengarah besar Felda Faizoull Ahmad; bekas ketua pegawai eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil; Pengarah SPSB, Abd Rahman Soltan dan Noraini Soltan; SPSB dan Synergy Promenade KLVC Sdn. Bhd. (SPKLVC); bekas pengarah besar Felda, Hanapi Suhada; bekas pengarah besar Felda, Ab Ghani Mohd Ali; bekas pengarah Tanah Felda, Shahrizal Mohd Saleh; dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam writ saman dan penyataan tuntutannya, Felda memohon perintah untuk mengarahkan pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan membatalkan dengan serta merta semua instrumen pindah milik tanah Semarak Felda daripada agensi itu kepada SPSB dan SPKLVC dalam tempoh 30 hari dari tempoh perintah tersebut.

Plaintif juga memohon deklarasi Surat Tawaran FIC, Surat Tawaran Felda, Perjanjian Pembangunan, Surat Kuasa Wakil, Perjanjian Sewa, empat Perjanjian Sewa Beli dan Memorandum Persefahaman tidak boleh dikuatkuasakan, batal atau tidak sah.

Dalam saman itu, Felda dan FIC menuntut ganti rugi rugi dan pampasan terhadap semua defendan untuk pelanggaran kewajipan fidusiari yang ditanggung terhadap Felda iaitu ganti rugi berjumlah RM1.062 bilion bagi nilai komersial tanah Semarak yang boleh diterima secara langsung daripada jualan tanah berkenaan.

Turut dimohon, antaranya pampasan dalam ekuiti untuk kerugian peluang komersial berjumlah RM562 juta sekiranya Felda menerima “MGR” berjumlah RM500 juta daripada Perjanjian Pembangunan itu.

Ia juga menuntut pampasan dalam ekuiti atas segala kos dan perbelanjaan yang akan ditanggung untuk merobohkan struktur yang dibina oleh SPSB dan untuk mengembalikan semula tanah kepada keadaan asal.

Kedua-dua plaintif turut menuntut ganti rugi RM1.5 bilion bagi keseluruhan liabiliti sewa di bawah Perjanjian Sewa jika ia tidak diketepikan, ganti rugi RM2.062 bilion selain menuntut ganti rugi bagi nilai komersial 17 lot tanah yang kononnya dijual di bawah empat Perjanjian Sewa Beli itu serta kos.

Tags: FeldaFICIsa SamadTanah jalan semarak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd