• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin, Zuraida Tidak Dijemput Hadiri Konvensyen Reformis

oleh
23/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin tidak dijemput ke Konvensyen Reformis yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini esok.

Ini disahkan pihak penganjur merangkap Setiausaha Otai Reformis 98, Abdul Razak Ismail, namun beliau mengulas lanjut mengapa kedua-dua pemimpin utama parti itu tidak dijemput menghadiri konvensyen berkenaan yang akan dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan tidak menjemput Mohamed Azmin dan Zuraida dipercayai mempunyai kaitan dengan hubungan dingin membabitkan kedua-dua pemimpin itu dengan Anwar sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Mohamed Azmin melabel pihak yang ghairah mahu berkuasa dengan mengubah pentadbiran kerajaan lebih awal dari lima tahun, disifatkan sebagai cuba menubuhkan kerajaan menggunakan ‘pintu belakang’.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menegaskan rakyat menyerahkan mandat kepada pentadbiran sedia ada untuk mentadbir kerajaan bagi tempoh lima tahun pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu turut disokong Zuraida yang mahu Dr. Mahathir Mohamad meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal PRU-14.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan kenyataan Mohamed Azmin yang menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Port Dickson itu, berkata hanya Majlis Presiden PH akan menentukan sama ada Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal atau sebaliknya.

Pendirian Mohamed Azmin itu bertentangan konsensus PH membabitkan pertukaran Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh penggal PRU-14 seperti dilaporkan sebelum ini.

Anwar sebelum ini dilapor membayangkan akan mengambil alih tampuk pentadbiran negara daripada Dr. Mahathir sekitar tahun depan, iaitu dua tahun selepas PH mentadbir.

Isnin lalu, Mohamed Azmin turut dilaporkan mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PKR di kediamannya di Presint 10, Putrajaya, yang turut dihadiri Zuraida.

Pada Jun lalu, Otai Reformis 98 menggesa Dr. Mahathir memberi tarikh peralihan kuasa kepada Anwar bagi memastikan masyarakat dan pelabur lebih yakin dengan masa depan kerajaan. – BH Online

Tags: Konvensyen ReformisMohamed Azmin AliPKRZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sindiket Tipu Pelaburan: Cyberjaya Ibarat ‘Chinatown’

Next Post

Konvensyen PKR Sarawak Dilangsungkan Tanpa Baru Bian

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Konvensyen PKR Sarawak Dilangsungkan Tanpa Baru Bian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd