• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arul Tak Sabar Mahu Sangkal Tuduhan Kes Laporan Audit 1MDB

oleh
15/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dituduh di samping Najib Razak berhubung dakwaan mengubah laporan audit syarikat itu, membantah permohonan bekas perdana menteri yang mahu menangguhkan perbicaraan mereka yang dijadualkan pada Isnin.

Peguamnya N Sivananthan memberitahu Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa Arul muram sejak dituduh setahun lalu.

“Beliau mahu menyangkal tuduhan terhadapnya secepat mungkin dan mahu perbicaraan dimulakan. Mahkamah mesti mengambil kira kepentingan semua orang dan bukan hanya seorang,” kata Sivananthan dalam penghujahannya.

Beliau menambah tiada jaminan perbicaran akan bermula pada Januari seperti yang dimohon peguam Najib jika tarikh pada Disember dikosongkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib juga membantah penangguhan itu, mengatakan ia akan membawa kepada persepsi negatif terhadap badan kehakiman.

Beliau berkata mahkamah pada Rabu menolak permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan, dan Najib memfailkan satu lagi permohonan kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam perbicaran SRC International untuk mendapatkan 112 keterangan saksi bagi menyediakan pembelaannya, yang dijadualkna pada 3 hingga 19 Disember.

“Jika beliau gagal, ada kemungkinan beliau meminta penangguhan dari hakim itu supaya peguamnya boleh menemubual saksi,” katanya.

Permohonan akan didengar Nazlan petang ini.

Peguam Najib, Harvinderjit Singh berkata pasukan pembelaan hanya mempunyai masa yang pendek untuk menyediakan pembelaan bagi kes SRC International jika kes laporan audit 1MDB bermula Isnin.

Dia juga berkata pembelaan perlu menguruskan 66 saksi dan kesuntukan masa.

Tetapi Zaini terkejut dengan permohonan Najib itu kerana seorang lagi peguam bekas perdana menteri itu yang berada di mahkamah pada Rabu berpendirian neutral.

Beliau akan memutuskan pada Isnin sama ada akan memberikan penangguhan sementara menunggu apa yang diputuskan Nazlan.

“Bagaimanapun, bersedialah sekiranya saya tidak membenarkan penangguhan itu,” tambahnya.

Najib memfailkan usul menangguhkan perbicaraan pada Rabu, mengatakan ia akan memprejudiskan beliau dan peguamnya dalam pembelaan kes SRC International.

Beliau berkata beliau ada masa sehingga 2 Disember untuk menyediakan pembelaan bagi kes SRC International, dan peguamnya juga terlibat dalam perbicaraan rasuah 1MDB melibatkan RM2.28 bilion.

Najib dituduh menggunakan jawatannya bagi mendapatkan kekebalan daripada tindakan undang-undang berhubung dakwaan beliau mengubah laporan audit 1MDB antara 22 dan 26 Feb 2016.

Kesalahan itu dikatakan berlaku di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib dalam mengubah laporan itu sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Pada Isnin, Najib diminta membela diri terhadap semua tuduhan pecah amanah, salahguna kuasa dan pengubahan wang berhubung pemindahan RM42 juta ke akaunnya dari bekas unit 1MDB, SRC International. – FMT

Tags: 1MDBArul Kandalaporan audit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ADUN DAP Paul Yong Umum Kembali Bertugas

Next Post

Permohonan Najib, Keluarga Periksa Barang Disita Didengar 31 Januari

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Permohonan Najib, Keluarga Periksa Barang Disita Didengar 31 Januari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd