• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apakah Ini Bibit-Bibit Kronisme? – Ka Siong

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amalan salah guna kuasa didakwa berlaku susulan tindakan kerajaan membatalkan pemilihan tiga kontrak berkaitan padi melalui tender terbuka, membabitkan nilai lebih RM1 bilion.

Ia merangkumi dua projek pembekalan input pertanian sektor padi bernilai RM1.4 bilion serta membekal, penghantaran dan kerja pengkapuran membabitkan kontrak bernilai RM54.28 juta.

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mendakwa kontrak pembekalan selama tiga tahun itu dibatalkan walaupun sudah diluluskan Lembaga Perolehan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Memberi gambaran menularnya bibit kronisme, beliau berkata, pembatalan itu dibuat selepas kementerian dikatakan mahu menganugerahkan projek kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) secara rundingan terus.

“Persoalannya, kenapa pembatalan (tender) dibuat apabila penender menunggu Surat Setuju Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan bukannya dibuat sejak awal proses berkenaan?

“Rentetan pembatalan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Salahuddin Ayub) mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) untuk memohon lantikan terus kepada NAFAS pada 7 November lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat, hari ini.

Ka Siong turut mempersoalkan sama ada Salahuddin tidak mempercayai keputusan dipersetujui Lembaga Perolehan kementeriannya, selain memerlukan campur tangan Dr Mahathir dalam perkara itu.

“Apakah justifikasi Perdana Menteri buat begitu jika sudah tahu NAFAS kalah tender?

“Adakah penganugerahan kontrak kepada NAFAS ini mempunyai kaitan dengan pimpinan pertubuhan itu yang terdiri daripada pimpinan dan lantikan politik, khususnya daripada Parti Amanah Negara (AMANAH)?

“Adakah ini kronisme yang diamalkan kerajaan baharu?

“NAFAS juga didapati membuat tempahan bilik di Pontian sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan semua penghuni didapati memakai baju jingga, selepas mendapat kontrak berkenaan,” katanya.

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang diberi laluan mencelah, menyokong apa yang diperkatakan Ka Siong dan menuntut penjelasan Salahuddin.

“Ini perkara serius dan boleh menjejaskan integriti kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Awang Hashim (PAS-Pendang) yang turut mencelah, mempersoalkan sama ada Salahuddin cuba mengheret Perdana Menteri untuk mengesahkan perkara yang dikatakan menjurus kepada rasuah.

Perbahasan Presiden MCA itu terus mendapat perhatian dan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) ketika mencelah, bertanya sama ada pendedahan itu adalah punca isu pengagihan benih padi subsidi belum selesai, selain mendakwa harga pasarannya melambung daripada RM28 ke RM50.

Sebelum mengakhiri perbahasannya, Ka Siong membawa keluar beberapa helai kertas dan membacakan beberapa nama pengurusan tertinggi NAFAS termasuk Pengerusinya yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi. – BH Online

Tags: kronismeNAFASpakatan harapanWee Ka Siong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Heret ‘Mafia Korporat’, Tapi Bersasar dan Profesional – MCA

Heret ‘Mafia Korporat’, Tapi Bersasar dan Profesional – MCA

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan isu mafia korporat perlu ditangani secara tegas,...

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong digesa memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan kenyataannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd