• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

680 Warga China Ditahan, Sindiket Penipuan Tumpas

oleh
21/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Imigresen menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berpusat di China serta menahan 680 warga China yang menjalankan operasi aktiviti berkenaan di Cyberjaya semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata pasukan imigresen menggempur tingkat enam sebuah bangunan di Cyberjaya kira-kira 11 pagi semalam, dipercayai menjadi pusat panggilan aktiviti penipuan yang menyasarkan penduduk negara China sebagai mangsa.

Serbuan hasil intipan hampir dua bulan serta melibatkan 150 anggota imigresen itu turut membawa kepada rampasan 8,230 unit telefon bimbit, 174 komputer riba dan 787 unit komputer peribadi, katanya.

Khairul Dzaimee berkata beberapa anggota imigresen mengalami kecederaan ringan apabila suspek bertindak merempuh kepungan dan menyerang dalam percubaan melarikan diri.

“Kita anggarkan 100 hingga 120 orang berjaya melarikan diri, malah ada juga warga China yang ditahan mengalami calar dan luka-luka kecil berikutan tindakan tersebut,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Khairul Dzaimee berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lepas dengan menyewa di bangunan berkenaan pada kadar RM360,000 sebulan.

“Modus operandi sindiket adalah menawarkan mangsa keuntungan yang tinggi dan pantas yang mana suspek-suspek, yang bertindak selaku operator akan menghantar satu kod kepada pelanggan daripada laman sesawang tertentu yang aplikasinya adalah dalam bahasa Cina,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata kesemua yang ditahan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun hampir kesemuanya tidak dapat menunjukkan pasport dan dokumen pengenalan diri ketika ditahan dan sehingga kini juga tiada pihak yang tampil mengemukakan dokumen mereka.

Semua suspek yang melibatkan 603 lelaki dan 77 wanita itu kini direman selama 14 hari, katanya.

Mereka boleh disabitkan melakukan kesalahan melanggar syarat pas, masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah dan tinggal melebihi masa dibenarkan, katanya.

Beliau berkata semua barangan rampasan disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Amla), dan menambah pihak kedutaan China telah dimaklumkan tentang penahanan tersebut.

Tags: pelaburan dalam talianSindiket PenipuanWarga China
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd