• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Menteri Disebut-Sebut Terbabit Rombakan Kabinet

oleh
23/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKURANG-KURANGNYA enam menteri disebut-sebut akan terbabit dalam rombakan Kabinet yang dikatakan akan dibuat dalam masa terdekat.

Mereka yang berada dalam senarai bayangan sesetengah pemerhati politik ialah Menteri Pendidikan, Dr. Mazslee Malik; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), P Waytha Moorthy.

Nama mereka dikatakan tersenarai ekoran beberapa isu berkaitan kementerian masing-masing yang menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 Mei tahun lalu.

Turut disebut-sebut untuk ‘naik pangkat’ sebagai menteri penuh ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Isu rombakan Kabinet kembali menjadi tumpuan sejak beberapa hari ini susulan pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama ahli parlimen Barisan Nasional di kediamannya di Putrajaya.

Selain itu, isu membabitkan portfolio yang membangkitkan kemarahan rakyat seperti keputusan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim, soal pengagihan zakat kepada golongan pondan, kereta terbang serta prestasi keseluruhan menteri Kabinet turut diambil kira.

Sementara itu, mengulas mengenainya, Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, kemungkinan mana-mana menteri yang terbabit dalam rombakan hanya akan bertukar portfolio ke kementerian lain.

Katanya, isu besar yang ditunggu rakyat ketika ini bukan rombakan di peringkat Kabinet, tetapi apakah ada peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada penggantinya seperti yang dipersetujui sebelum ini.

“Secara keseluruhan, itu yang dinantikan kerana seperti tidak ada keperluan untuk merombak barisan Kabinet walaupun ada sebahagiannya prestasi di peringkat kementerian agak lemah.

“Apapun isunya, keresahan rakyat mengenai prestasi kerajaan lebih tertumpu kepada janji pilihan raya lalu. Memang beberapa menteri tidak mencapai prestasi yang memuaskan dan kemungkinan mereka akan ditukarkan untuk meredakan kemarahan rakyat,” katanya. – myMetro Online

Tags: menteri Persekutuan 2020Rombakan Kabinet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan...

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd