• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti Bukan Tempat Sebar Ideologi, Berpolitik – Tunku Ismail

oleh
20/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar universiti tidak dijadikan medan menyebarkan ideologi bagi kepentingan individu atau parti politik, sebaliknya ia adalah adalah pusat pemikiran yang serius untuk menyumbang kepada kemajuan bangsa, negara dan sejagat.

Justeru, titah baginda, tanggungjawab berkenaan perlulah dilaksanakan secara profesional oleh setiap warga universiti dan graduan demi kepentingan bersama dan tidak bersifat individu atau politik.

“Setiap warga universiti dan graduan hendaklah memberi fokus kepada pembangunan modal insan yang berdaya maju dan penyebaran khidmat profesional yang berkesan, serta penyelidikan yang berkualiti tinggi demi membawa manfaat kepada masyarakat, khususnya di negeri Johor,” titah baginda ketika Istiadat Konvokesyen ke-19 Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Dewan Sultan Ibrahim UTHM hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Wahid Razzaly dan Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan.

Tunku Ismail yang juga Pro-Canselor UTHM bertitah kefahaman terhadap sejarah dan nilai agama perlu diutamakan oleh pihak universiti memandangkan terdapat pihak yang suka memutarbelitkan fakta, mereka cerita atau menukarkan perkara yang salah kepada kebenaran.

Baginda juga mahu lebih ramai graduan yang berkualiti tinggi iaitu yang menjadi rebutan di pasaran kerja dilahirkan di universiti berkenaan.

“Ini secara tidak langsung membantu UTHM yang berada di Johor menjadi sebuah universiti yang boleh dibanggakan bukan sahaja dalam negara malah mampu untuk bersaing dengan universiti-universiti lain di dunia,” titah baginda.

Pada istiadat itu seramai 118 siswazah menerima Ijazah Doktor Falsasah (PhD), 395 menerima Ijazah Sarjana, 3,220 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda dan 966 lagi menerima Diploma.

UTHM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Institusi Diraja) kepada Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dan memberikan gelaran Prof. Emeritus kepada Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Pembuatan dan Industri, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM, Prof. Dr. Sulaiman Hassan, 62.

Tags: politikTunku Ismail Sultan IbrahimUniversitiUTHM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

21/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO menggesa sebarang tindakan undang-undang terhadap ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, perlu dilaksanakan secara adil, telus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd