• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UM Tak Berhak Tahan Ijazah Yan Ke – Nie Ching

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching secara peribadi tidak bersetuju terhadap gesaan pelbagai pihak supaya menarik balik ijazah pertama penuntut Universiti Malaya (UM), Wong Yan Ke oleh universiti terbabit.

Malahan, Nie Ching berkata, bagi menyelesaikan isu antara UM dan Yan Ke, iaitu penuntut yang menunjukkan tanda protes pada sidang istiadat konvokesyen universiti berkenaan secara aman, kedua-dua pihak harus mengadakan rundingan.

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga sedang dalam proses untuk mengadakan rundingan antara kedua-dua pihak untuk menyelesaikan isu terbabit.

“Secara peribadi saya tidak bersetuju (ijazah ditarik balik). Kita masih dalam proses untuk bersemuka dengan pihak terbabit kerana bagi saya, isu ini boleh diselesaikan secara aman.

“Kita dalam proses untuk berbuat demikian jadi tunggulah pengumuman kita nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pek Kembali ke Sekolah 2019 yang dilaksanakan McDonald’s Malaysia dengan kerjasama KPM di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Penggerak Mahasiswa UM (PMUM) yang melancarkan petisyen di media sosial bagi menuntut UM menarik balik ijazah pertama Yan Ke berikutan perbuatannya dianggap biadap.

Berhubung kenyataan dibuat pemimpin DAPSY yang membidas tindakan Naib Canselor UM, Dr. Abdul Rahim Hashim berikutan didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk melarang Yan Ke memperoleh skrol, Nie Ching berkata, mereka mempunyai kebebasan untuk menyatakan pendapat.

Mengenai pautan berbayar di laman web rasmi UM yang digodam semalam beliau berkata, pihaknya belum menerima laporan penuh berkaitan isu terbabit daripada UM. – BH Online

Tags: DAPTeo Nie ChingUniversiti Malayawong yan ke
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd