• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UM Perjelas Punca Halang Graduan Sertai Konvokesyen

oleh
17/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) bertindak menghalang seorang graduan daripada menyertai istiadat konvokesyen semalam selepas didapati menghasut graduan lain untuk turut serta mendesak Naib Canselor universiti itu meletakkan jawatan kerana kononnya bersikap perkauman.

UM, dalam kenyataannya di sini hari ini, memaklumkan siasatan awal mendapati, graduan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu telah menggunakan akaun Facebooknya untuk berbuat demikian dan hasil pemeriksaan yang dilakukan sebelum sidang ketujuh dilangsungkan telah menemukan sekeping plakad yang mengandungi kata-kata bersifat provokatif daripada pelajar itu.

“Penemuan itu memperlihatkan bahawa graduan itu mempunyai niat untuk mengganggu perjalanan istiadat konvokesyen yang bakal berlangsung.

“Bagi memastikan kelancaran dan ketenteraman istiadat yang dihadiri kira-kira 1,500 tetamu termasuk ibu bapa, ahli akademik dan graduan lain, graduan itu dibawa keluar dari Dewan Tunku Canselor dan tidak dibenar menyertai istiadat konvokesyen, semalam,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan UM sentiasa mendorong prinsip kebebasan bersuara, bagaimanapun, sebagai institusi pengajian tinggi yang memegang amanah besar untuk mendidik generasi masa depan, universiti berkenaan juga percaya kebebasan itu perlu dilengkapi tanggungjawab.

“Justeru, apa juga tindakan berlandaskan prinsip itu perlu dilakukan pada tempat dan cara yang sesuai,” katanya.

UM juga bimbang tindakan yang berbentuk hasutan dengan memainkan agenda perkauman itu bukan hanya berkemungkinan boleh mengancam keselamatan Naib Canselor, tetapi turut menggugat ketenteraman dan kerukunan awam terutama di universiti itu.

Sebelum ini, Isnin lalu seorang graduan kejuruteraan awam mengejutkan tetamu yang hadir pada sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM kali ke-59 apabila bertindak mengeluar dan menayangkan plakad tertera perkataan, ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik menerima skrol ijazah.

Graduan terbabit melaungkan perkataan itu sambil menjerit ‘ini tanah Malaysia’ sehingga menimbulkan kecaman ramai yang kurang senang dengan tindakannya yang tidak menghormati majlis itu.

Tags: cinaDAPgraduankonvokesyenUniversiti Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd