• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UM Ada Hak Tahan, Tarik Ijazah Penuntut Langgar Peraturan

oleh
17/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Universiti Malaya (UM) berhak mengambil tindakan yang sesuai termasuk menahan atau menarik balik ijazah graduan yang menunjukkan tanda protes pada sidang Istiadat Konvokesyen universiti itu, Isnin lalu.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, ini kerana Senat universiti yang mempunyai kuasa mutlak untuk melulus atau tidak penganugerahan ijazah kepada penuntut.

Katanya, penganugerahan ijazah itu adalah kuasa mutlak Senat yang mana mereka mengambil semua pertimbangan termasuk hal berkaitan pematuhan peraturan universiti.

“Tiap-tiap penuntut memang mempunyai hak mereka tetapi universiti juga ada hak termasuk dalam soal penganugerahan ijazah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas membincangkan isu kontrak sosial di ibu pejabat MPN di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Penggerak Mahasiswa UM (PMUM) yang melancarkan petisyen di media sosial bagi menuntut UM menarik balik ijazah pertama milik Wong Yan Ke kerana pembuatannya yang dianggap biadap pada majlis istiadat konvensyen universiti itu.

Malah, difahamkan hampir 90,000 individu menandatangani petisyen menuntut UM menarik balik ijazah sarjana muda milik graduan itu.

Raduan turut menyifatkan tindakan graduan terbabit tidak wajar kerana mencemarkan acara rasmi universiti awam selain bertentangan dengan kesopanan dan kesusilaan masyarakat.

“Tiap-tiap orang ada hak masing-masing. Pihak pelajar merasa mereka ada hak untuk melakukan dan pihak universiti pun ada hak mereka,” tegasnya.

Walaupun masyarakat Malaysia diberi hak kebebasan bersuara dan menzahirkan perasaan, mereka masih perlu patuh dengan undang-undang dan peraturan.

“Sesiapa saja walaupun mereka rasa mempunyai hak untuk menzahirkan kebebasan bersuara, meluahkan perasaan tapi semuanya ada had dan bukan mutlak.

“Begitu juga dalam majlis rasmi, kita adalah tertakluk (kepada peraturan), sebab masyarakat ini dikawal oleh adat yang bertulis dan tak bertulis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Raduan berkata, MPN meminta kerajaan tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan pemansuhan aliran sastera dan sains Tingkatan Empat tahun depan.

Katanya, langkah itu akan mengganggu proses penawaran kursus di peringkat universiti selain bertentangan dengan langkah Kementerian Pendidikan menggalakkan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). – BH Online

Tags: graduanijazahprotesUniversiti Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

02/01/2026
0

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos...

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

10/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengurusan Universiti Malaya (UM) sudah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti itu susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd