• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM Tidak Tahu Pelajar Dilantik Ketua Juri Debat Kontroversi

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) memaklumkan penyertaan dua pelajarnya yang menjadi ketua juri dan panel pemilih usul dalam Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 baru-baru ini dibuat tanpa pengetahuan institusi itu.

Naib Canselornya, Prof. Emeritus Mohd Azraai Kassim berkata ini kerana, pihak penganjur telah menghubungi kedua-dua individu berkenaan secara terus untuk menjadi “adjudicator” (ketua juri) bagi pertandingan berkenaan.

“Oleh yang demikian, penyertaan kedua-dua individu dalam pertandingan debat itu berlaku tanpa pengetahuan pihak universiti.

“UiTM amat memandang serius sensitiviti agama dan budaya masyarakat di Malaysia, serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga (UiTM) yang cuba mengganggu atau memperlekehkan perkara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Azraai menjelaskan, ketua juri pertandingan itu, Mohammad Aidil Ali merupakan bekas pelajar UiTM berstatus gugur taraf manakala panel pemilih usul, Iyad Zakiy Amal pula adalah pelajar luar kampus (PLK) universiti berkenaan, namun sedang dalam status cuti khas.

Justeru kata Mohd Azraai, UiTM akan menjalankan siasatan dalaman secara adil dan menyeluruh bagi melihat sekiranya pelajar itu didapati melakukan kesalahan yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang UiTM, dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Isu berkaitan pertandingan debat itu dalam kalangan pelajar sekolah baru-baru ini menjadi tular di laman sosial apabila antara tajuk yang diutarakan melibatkan topik-topik kontroversi berkaitan asas Islam.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya memberitahu, hasil siasatan mendapati Mohammad Aidil dan Iyad Zakiy tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapatkan pandangan awal dari Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan di mana debat itu berlangsung.

Tags: debat piala tun razakPelajar UniversitiUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Mengamuk Guna Pisau Serang Orang Di Kajang Disahkan Pelajar Universiti Awam, Dakwa Hidup Tertekan

Wanita Mengamuk Guna Pisau Serang Orang Di Kajang Disahkan Pelajar Universiti Awam, Dakwa Hidup Tertekan

14/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan wanita warga asing yang ditahan susulan insiden mengamuk hingga mencederakan enam individu di Kajang semalam adalah...

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

09/07/2025
0

SEPANG: Dua individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan penuntut universiti di Cyberjaya, 24 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd