• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pihak Ketiga Tuntut RM2.4 Juta Dirampas Daripada UMNO Pahang

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa tiada pihak ketiga berkepentingan yang hadir bagi menuntut wang berjumlah RM2,479,300.18 yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Badan Perhubungan UMNO Bahagian Pahang yang dikatakan berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Rozana Ali Yusof yang turut dihadiri peguam Mohd Shukri Ahmad Mansor yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Bahagian Pahang yang merupakan responden.

“Pada 10 September lalu, kami telah mewartakan notis kepada pihak ketiga untuk hadir, namun hari ini tiada sesiapa pun hadir ke mahkamah untuk menuntut. Sehubungan itu, saya memohon satu tarikh untuk memfailkan hujahan bertulis,” katanya.

Mahkamah menetapkan 18 November untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan 6 Disember bagi mendengar permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap wang itu.

Pada 26 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan pihak pendakwaan selaku pemohon untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga yang berkepentingan terhadap wang itu dalam permohonan melucut hak ke atas harta tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya berkata, permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla) yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tags: 1MDBSPRMUMNO Pahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd