• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan UMNO Nyata Tempoh Mahathir Pegang Mandat PM

oleh
26/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – UMNO belum membuat sebarang ketetapan mengenai pendirian rasmi parti itu berhubung tempoh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memegang mandat untuk menerajui negara.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Anuar Musa berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk parti itu menyatakan tempoh bagi Dr. Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, pandangan yang diberikan ahli parti yang menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir untuk memegang jawatan itu sehingga habis penggal adalah bersifat peribadi.

“Ada ahli BN (Barisan Nasional) yang memberi pendapat dan itu pendapat peribadi mereka. Tidak timbul soal betul atau salah kerana sehingga kini UMNO belum membuat ketetapan mengenainya malah buat masa ini tiada keperluan untuk UMNO menyatakan lama mana beliau (Dr. Mahathir) harus pegang jawatan itu kerana situasi itu belum berbangkit.

“Bagaimanapun kita di peringkat majlis tertinggi UMNO akan berbincang sekiranya memerlukan UMNO menyatakan pendirian buat mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) peringkat Terengganu di Stadium Negeri semalam.

Dalam pada itu, Anuar turut menyangkal bahawa wujudnya kempen dengan membawa idea kerajaan baharu tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Itu semua rumours (khabar angin). PH (Pakatan Harapan) ada 138 kerusi yang sepatutnya sudah cukup kuat kalau berlaku apa-apa masalah yang datang daripada PH, biar mereka sahaja ulas.

“Kita dalam pembangkang telah pun bersetuju untuk menumpukan Permuafakatan Nasional dan memberi fokus sebagai pembangkang serta membuat persiapan untuk menghadapi PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anuar berkata, PH perlu menutup mana-mana pintu daripada membenarkan mana-mana Ahli Parlimen menggunakan jalan belakang untuk menjadi ahli Kabinet.

“Kerajaan PH ‘tutuplah’ pintu belakang kalau buka ikut tingkap pun orang masuk. Ini masalah mereka, bukan masalah kita.

“Kalau sebelah ‘sana’ runtuh jangan salahkan pembangkang kerana agenda kita (PAS, UMNO) hanya mahu bersama membina penyatuan ummah, membina pasukan pembangkang yang kuat untuk mengambil alih kerajaan dalam PRU nanti,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Annuar MusaMahathir MohamadPerdana MenteriUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Peralihan Kuasa PM Harus Dibincang Dalaman

Next Post

Zahid Mohon Maaf Kepada Seluruh Kepimpinan PAS

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Zahid Mohon Maaf Kepada Seluruh Kepimpinan PAS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd