• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahanan LTTE: Permohonan Habeas Corpus Didengar 31 Oktober

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Oktober ini untuk mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan lima individu, termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan berkaitan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) supaya mereka dibebaskan serta-merta daripada tahanan.

Peguam, Ramkarpal Singh yang mewakili kelima-lima pemohon memberitahu perkara itu kepada media selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

“Permohonan akan didengar pada jam 2 petang dan kelima-lima pemohon akan dibawa ke mahkamah pada hari tersebut,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah juga mengarahkan pihak-pihak dalam kes itu untuk memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan habeas corpus tersebut pada atau sebelum 30 Oktober ini.

“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin supaya mereka dapat menyambut perayaan Deepavali,” katanya.

Pada 21 Oktober lalu, G. Saminathan, 34; P. Gunasekaran, 60; S. Chandru, 38; V. Suresh Kumar dan seorang juruteknik, S. Arivainathan, 56, memfailkan permohonan habeas corpus di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

Saminathan dan Gunasekaran masing-masing merupakan ADUN Gadek (Melaka) dan ADUN Seremban Jaya (Negeri Sembilan) manakala Chandru dan Suresh Kumar merupakan ahli DAP.

Mereka memohon untuk mencabar penahanan mereka mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berhubung isu tersebut.

Mereka selaku pemohon menamakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay; Inspektor Jasveer Singh (pegawai polis yang menangkap mereka) ; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga kelima.

Dalam permohonan itu, kesemua mereka memohon perintah mahkamah bahawa penahanan mereka melalui notis di bawah Seksyen 5(1)a Akta SOSMA 2012 bertarikh antara 10 dan 12 Oktober lalu yang dikeluarkan responden kedua (Jasveer) dan dilaksanakan di bawah seliaan responden pertama (Ayob Khan) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur adalah tidak sah dan terbatal.

Mereka juga memohon satu writ habeas corpus dikeluarkan mahkamah supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan, selain turut memohon relif-relif lain yang dianggap adil dan sesuai oleh mahkamah.

Permohonan itu juga meletakkan alasan penahanan mereka telah melanggari prinsip hak kesamarataan, selain tidak mempunyai hak akses kepada peguam ketika kejadian.

Permohonan turut disertakan dengan sijil perakuan segera, supaya mahkamah menyegerakan pendengaran habeas corpus itu.

Awal bulan ini, seramai 12 individu ditahan kerana disyaki terbabit menyokong dan menyalurkan dana untuk LTTE yang telah disenarai sebagai kumpulan pengganas di Malaysia sejak 2014.

Tags: DAPLTTEpengganasTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jadual Khas Pantau Ahli Parlimen PH Memalukan

Next Post

LHDN Mohon Kes Saman Anak Najib Diputus Tanpa Bicara

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

LHDN Mohon Kes Saman Anak Najib Diputus Tanpa Bicara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd