• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Petrol Hanya Untuk Sebuah Kenderaan

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna yang mempunyai lebih daripada dua kereta dan motosikal hanya layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) untuk sebuah kenderaan sahaja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion bagi PSP yang akan memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta pengguna kenderaan di negara ini.

Menurutnya, PSP merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan.

“Kenderaan yang memenuhi syarat layak untuk subsidi ini adalah kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah atau kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1,600cc yang berusia lebih 10 tahun.

“Motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah atau motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih tujuh tahun.

“Kenderaan mewah tidak layak menikmati subsidi bersasar ini,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Guan Eng berkata, bermula Januari 2020, PSP akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bukan penerima BSH.

Menurutnya, bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan kepada pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk motosikal.

“Subsidi ini akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan. Pembayaran pertama pada April 2020.

“Kedua, bagi bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter.

“Ia terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal. Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020,” katanya.

Beliau berkata, apabila skim subsidi bahan api ini dilaksanakan, harga runcit RON95 dan diesel akan diapungkan secara beransur-ansur.

Menurutnya, langkah itu akan mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan api bersubsidi rentas sempadan yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit di pihak kerajaan melebihi RM1 bilion setahun.

“Subsidi layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter.

“Tiada subsidi akan diberikan sekiranya harga berada di bawah RM2.08 seliter.

“Pemandu kenderaan di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati siling harga petrol bersubsidi pada RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel,” katanya.

Tags: belanjawan 2020PSPsubsidi petrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2021 Dijangka Bentang Projek Mega RM143.06 Bilion

12/10/2020
0

Belanjawan 2021 Dijangka Bentang Projek Mega RM143.06 Bilion KUALA LUMPUR: Enam projek mega bernilai RM143.06 bilion yang diumumkan di bawah...

KPDNHEP Akan Teruskan Dasar Sedia Ada Yang Baik

12/03/2020
0

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan dasar dan strategi sedia ada yang baik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd