• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SEA Minta Ahlinya Tidak Beli Minyak Sawit Malaysia

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Satu pertubuhan perdagangan India yang mewakili pengekstrak bijian tempatan hari ini meminta ahlinya supaya tidak membeli minyak sawit Malaysia sebagai membantah kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung konflik Kashmir.

Presiden Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA), Atul Chaturvedi berkata, keadaan yang menyebabkan hubungan antara kedua-dua negara itu tegang, turut memberi kesan dari segi tanggung jawab industri untuk meneliti import minyak sawit dari Malaysia.

“Demi kepentingan anda selain sebagai lambang solidariti terhadap negara ini, adalah sewajarnya kita mengelak daripada membuat pembelian (minyak sawit) dari Malaysia untuk sementara waktu. Pihak kami yakin anda akan akur dengan nasihat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Chaturvedi berkata kerajaan India “tidak memandang ringan” berhubung pendirian Malaysia mengenai Kashmir sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), baru-baru ini.

“Oleh itu, sejajar perkembangan itu dan sebagai satu industri minyak sayuran India yang bertanggungjawab, kita perlu mengelak pembelian dari Malaysia sehinggalah keadaan lebih jelas mengenai masa depan berdasarkan pendirian kerajaan India,” katanya.

Pada tahun lepas, eksport minyak sawit Malaysia ke India bernilai US$1.65 bilion.

India yang juga pengimport terbesar minyak sayuran dunia, bergantung kepada Malaysia dan Indonesia bagi mendapatkan bekalan minyak sawitnya.

Pada 5 Ogos lepas, kerajaan India bertindak memansuhkan status autonomi khas diperoleh Jammu dan Kashmir selain mengenakan sekatan keselamatan, termasuk memotong perkhidmatan internet dan talian telefon atas alasan mengelak berlakunya bantahan di kawasan terbabit.

Sewaktu berucap pada UNGA kali ke-74, Dr. Mahathir berkata, “walaupun ada resolusi mengenai Jammu dan Kashmir, negara itu sebaliknya terus ditawan dan diduduki” dan menggesa India untuk bekerjasama dengan Pakistan bagi menyelesaikan masalah itu.

Ini disusuli dengan tindakan Kementerian Luar India pada 4 Oktober lepas yang menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Dr. Mahathir mengenai Kashmir. – Agensi 

Tags: IndiaKashmirMahathir Mohamadminyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd