• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Cina Tapi Saya Suka Berhijab”

oleh
23/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA Cina tapi saya suka berhijab.” Ciapan pemilik Twitter @jiaqing28512216 tular di media sosial apabila dia mencuri perhatian netizen kerana memakai hijab walaupun berketurunan Cina.

Katanya, dia, terbuka untuk memakai hijab kerana dikelilingi rakan-rakan Melayu dan mengenali mereka dalam tempoh lama.

“Mungkin kerana saya sudah berkawan dengan orang Melayu.

“Bila saya tengok kawan saya bertudung nampak ayu ja semua, saya tertarik dengan Melayu sebab bila tutup aurat, saya rasa tenang ja,” tulisnya.

Menurut gadis ini, pertama kali dia memakai tudung pada tahun 2018.

Rata-rata netizen memuji kecantikan jiaqing apabila berhijab dan menutup aurat.

Malah ada mereka mendoakan agar suatu hari kelak, remaja ini terbuka hati untuk terus memeluk Islam.

“Cantiknya, macam tak percaya je awak Cina. Tuhan bukakan hati awak untuk pakai tudung, mungkin satu hari nanti, Tuhan akan membuka hati awak untuk cintakan kepada Islam pula. InsyaALLAH,” ciapnya.

Pada hantaran yang sama, beberapa rakan kaum Cina juga tampil memuat naik gambar mereka memakai hijab meskipun tidak memeluk Islam.

Kata @fierababyb00, “bila awak bertudung muka memang Melayu betul, cantik.”

Ada dalam kalangan netizen terus memberi kata-kata semangat untuk gadis berketurunan Cina ini terus berhijab dan mendoakan menerima hidayah. – Sinar Harian

Tags: cinahijabMelayuTwitter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd