• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Bukan Rasis Atau Berpolitik” – Tunku Azizah

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALNG JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah hari ini berkata, beliau bukan “rasis atau berpolitik” selepas dikritik kerana berkongsi satu pesanan Twitter yang dilihat sebagai menyerang orang Cina.

Tunku Azizah menulis di Twitter bahawa beliau berkongsi pesanan Tun Faisal Ismail Aziz kerana tidak bersetuju dengan protes aktivis pelajar Universiti Malaya (UM), Wong Yan Ke pada majlis konvokesyen pusat pengajian tinggi itu baru-baru ini.

“Mungkin semua salah faham. Saya ‘retweet’ kerana saya tidak bersetuju tindakan itu dibuat dalam satu acara formal… kurang sopan dan tidak menghormati majlis.

“Saya bukan rasis atau berpolitk. Dia tidak sepatutnya berbuat begitu pada majlis konvokesyen. Tidak hormat. Tidak layak,” kata Tunku Azizah di akaun @cheminangsayang.

Tunku Azizah menjawab pesanan Twitter seorang pengguna lain yang mempersoalkan tindakannya berkongsi pesanan Tun Faisal sebelum itu yang menyerang “bangsa DAP” sebagai “biadap dan kurang ajar serta pengganas”.

Tun Faisal sendiri mengongsi pesanan pengguna lain @mesintaipburuk yang menyebut “bangsa C” dan “orang mereka” yang dilihat merujuk kepada orang Cina.

Semalam polis berkata, Wong disiasat kerana didakwa melanggar protokol konvokesyen UM dan mengganggu perjalanan majlis.

Wong berkata, protesnya terhadap Naib Canselor UM, Abdul Rahim Rashid adalah jalan terakhir selepas beliau mengabaikan aduan pelajar berhubung beberapa isu, termasuk peningkatan yuran pelajaran, bas pelajar dan wifi kampus.

Wong menafikan beliau merupakan ahli atau mempunyai hubungan dengan DAP. – FMT

Tags: DAPrasisTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahUniversiti Malayawong yan ke
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Rogol, Rakam Gambar Bogel Anak Dipenjara 202 Tahun

Next Post

Keistimewaan Melayu Sedang Dipersoal, Dihapuskan

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Keistimewaan Melayu Sedang Dipersoal, Dihapuskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd