• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambal Belacan Tunku Azizah Digemari PM Singapura

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tanpa disedari ramai, ‘diplomasi sambal belacan’ secara tidak langsung telah menjadi instrumen mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura.

Perkara itu akhirnya diketahui umum apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkongsi kisah menarik mengenai sambal belacan hasil air tangannya yang digemari seorang pemimpin dunia.

Siapa sangka sambal belacan yang sudah menjadi kelaziman untuk dinikmati bersama nasi putih mahupun juadah masakan lain bagi rakyat Malaysia turut memikat hati bekas Perdana Menteri Singapura iaitu mendiang Lee Kuan Yew.

Dalam satu hantaran di laman Twitter, Tunku Azizah yang lebih dikenali ‘cheminahsayang’ dalam platform media sosial itu menarik perhatian bahawa baginda pada masa dahulu merupakan pembekal rasmi sambal belacan kepada Kuan Yew.

Malah, Raja Permaisuri Agong masih menjadi pembekal sambal belacan ke republik itu dan kini dinikmati oleh anak mendiang Kuan Yew yang merupakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

“Yang ni, dah lama saya nak ‘share’ dengan rakyat Malaysia…. saya dulu… the official sambal belacan supplier to the Prime Minister of Singapore.. Datuk Lee Kuan Yew… and now supply kepada anaknya PM Lee juga,” ciapnya.

Tunku Azizah pada masa sama turut berkongsi gambar sepucuk surat diutus oleh bekas Perdana Menteri Lee yang dimuat naik dalam akaun Instagram ‘airtangan_tunkuazizah’.

“Enam paket (sambal) belacan yang Tuanku berikan kepada saya sangat sedap. Saya menikmatinya bersama dua anak lelaki saya. Semuanya habis dimakan. Ia sambal belacan terbaik yang pernah kami rasai. Jika boleh keluarga saya mahu menikmatinya lagi. Maaf kalau menyusahkan. Sambal ini menjadikan banyak hidangan lebih sedap,” tulis surat itu yang diterjemah dalam bahasa Melayu.

Surat berkenaan bertarikh 23 Julai 2009.

Tunku Azizah yang memuat naik gambar berkenaan pada 2 Mei 2018 di laman Instagram berkenaan menyifatkan ia sebagai surat yang paling bermakna untuknya.

“…kerana sambal belacan…terharu sangat,” titah Seri Paduka.

Akaun Instagram ‘airtangan_tunkuzaizah’ memaparkan koleksi masakan oleh Baginda yang memang dikenali sebagai seorang anak raja yang gemar memasak.

Tags: perdana menteri singapurasambal belacanTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahanan LTTE Dibenar Bertemu Ahli Keluarga – KPN

Next Post

“Bukan Salah McD,” Kata Permaisuri Agong

Related Posts

Tunku Azizah Pun ‘Order’ Dari Shopee

09/07/2021
0

PETALING JAYA - Tergamam apabila melihat nama pembeli. Itulah reaksi seorang penjual dalam talian apabila menerima pesanan daripada ‘pembeli’ paling...

Bubur Lambuk Tunku Azizah Untuk Petugas Barisan Hadapan

05/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Petugas barisan hadapan di sekitar ibu negara hari ini bertuah apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah...

Next Post

"Bukan Salah McD," Kata Permaisuri Agong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd