• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Nampak Kepala Nazrin Koyak Bukan Berlubang

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Prosiding perbicaraan kes kematian berprofil tinggi membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan menyaksikan salah seorang saksi anggota bomba menukar kenyataannya hari ini.

Saksi ke-11, Stanley Sigau Nyalang membetulkan kenyataannya semalam tentang wujudnya kesan ‘lubang’ di kepala Nazrin sebelum ini yang sebelum ini pernah ketika melihat mayat mangsa buat kali pertama.

Hari ini, Stanley berkata, itu bukannya lubang sebaliknya kesan koyakan yang dianggarkan antara tiga hingga empat sentimeter di bahagian kepala kiri mangsa.

“Itu sebenarnya bukan lubang tetapi seperti kesan koyakan yang saya anggarkan antara tiga hingga empat sentimenter.

“Saya nampak sendiri kesan koyakan itu kerana pada masa itu saya berdiri dekat dengan bahagian kiri kepala mangsa dengan tompokan darah bawah kepala.

“Saya tidak sentuh luka itu dan membiarkan sahaja pakar forensik tiba bagi melakukan siasatan.

“Tetapi pada masa sama saya juga tidak lihat apa-apa kecederaan lain di bahagian kepala cuma kesan koyakan itu sahaja,” katanya di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman hari ini.

Stanley berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soi @ Hamid Mohd di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Selain daripada itu, Stanley juga mendedahkan dirinya yakin kesan itu berkemungkinan akibat dipukul ketika menjawab soalab peguambela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tampil menyoal tentang perkara tersebut.

Shafee: Bagaimana kamu tahu koyakan itu akibat dipukul?

Stanley: Kerana koyakan itu panjang.

Shafee: Tetapi kamu setuju dengan saya bahawa ini hanya sekadar andaian kamu sahaja? Kerana kamu bukan seorang pakar forensik?

Stanley: Ya, saya setuju.

Shafee: Kamu setuju kesan koyakan ini juga mungkin kerana faktor-faktor lain?

Stanley: Setuju.

Semalam ketika membacakan penyataan saksi, Stanley memberitahu mahkamah ada kesan lubang di bahagian kepala mangsa.

Jelas Stanley, berdasarkan pemerhatiannya, terdapat juga kesan terbakar di bahagian muka, dada dan kaki sebelah kanan mangsa.

Pada 12 Mac lepas, bekas eksekutif senior di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Samirah Muzaffar, 44, yang juga isteri kepada Allahyarham Nazrin, 47, dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas membunuh mangsa.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Prosiding Nazrin yang telah bermula sejak 6 September lepas menjadi tumpuan sepatutnya memulakan perbicaraan lebih awal namun ditangguhkan atas permohonan pihak pembelaan kerana terlibat dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tags: CEO Cradle FundKes Kematiannazrin hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Samirah, Dua Anak Bebas, Lepas Pertuduhan Bunuh CEO Cradle Fund

21/06/2022
0

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua anak remaja lelakinya atas pertuduhan membunuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd