• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM6.2 Bilion Ambil Alih Lebuh Raya Tol Tak Untungkan Rakyat

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pakar ekonomi menolak keputusan Kementerian Kewangan untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol di bandar bernilai RM6.2 bilion dengan berkata, wang itu lebih baik dibelanjakan untuk pendidikan atau pengangkutan awam.

Bercakap kepada pemberita selepas satu forum di Universiti Malaya semalam, Muhammed Abdul Khalid berkata, sekiranya objektifnya ialah untuk mengurangkan kos hidup secara bermakna tanpa mendedahkan kerajaan kepada hutang tambahan, maka cadangan pengambilan itu tidak menepati kriteria tersebut.

“Majoriti rakyat tidak akan mendapat satu sen pun manfaat kerana kadar tol semasa waktu puncak tetap sama,” kata Khalid yang merupakan penasihat ekonomi Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Selain itu katanya, pengguna di negeri lain lain juga tidak akan mendapat manfaat dan satu-satunya manfaat yang diperolehi rakyat ialah jika meteka menggunakan lebuh raya pada tengah malam.

“Berapa ramaikah pekerja yang menggunakan lebuh raya pada tengah malam?”

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil alih lebuh raya Kesas, LDP, SPRINT dan Terowong Smart daripada Gamuda Bhd. sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lepas.

Cadangan tersebut turut dikritik oleh pakar pengangkutan Rosli Azad Khan yang menyifatkan kos RM6.2 itu sebagai terlalu mahal, terutama sekali kerana konsesi Lebuhraya Kesas akan tamat pada 2028.

Muhammed yang sebelum itu berucap pada forum bertajuk “National Budget Dissection” juga berkata, beliau mengalu-alukan langkah kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan e-wallet.

Bagaimanapun beliau mencadangkan penggunaan mekanisme sedia ada, bukannya memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk memberi RM30 kepada rakyat berumur 18 tahun dan ke atas yang memperoleh pendapatan kurang RM100,000 setahun.

“Mungkin kita boleh mengambil sebahagian wang itu daripada Bantuan Sara Hidup dan memasukkannya ke dalam e-wallet,” katanya.

Beliau juga menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan nombor pengenalan cukai (TIN) yang perlu dikemukakan oleh mana-mana orang yang membuat pembelian berharga lebih RM20,000.

Katanya, langkah itu akan mengurangkan kehilangan hasil kerajaan, selain mengutip maklumat mereka yang tidak membayar cukai. – FMT

Tags: EkonomiKonsesi Tollebuh rayaRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd