• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pupuk Perpaduan Melalui Program Agama, Masyarakat Di Masjid – Agong

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar program keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dijadikan sebagai kaedah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Seri Paduka bertitah, perkara itu penting dan sejajar dengan tuntutan Islam yang menitikberatkan perihal menjaga perpaduan dalam masyarakat.

“Saya yakin dengan penganjuran program keagamaan dan kemasyarakatan di masjid selain solat berjemaah adalah salah satu kaedah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam.

“Sesungguhnya, perpaduan umat Islam adalah penting dan perlu dipelihara kerana ia sebahagian daripada tuntutan agama,” titah Seri Paduka pada majlis perasmian Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis Fasa 1, di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah, agar jemaah dan penduduk sekitar memanfaat serta mengimarahkan masjid baharu berkenaan.

“Saya berharap masjid yang tersergam indah ini dapat dimanfaatkan oleh jemaah dan masyarakat setempat untuk diimarah dan dimakmurkan sebaik-baiknya,” titah Seri Paduka.

Terdahulu, ketibaan Seri Paduka pada kira-kira 12.15 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan memasyhurkan masjid itu dengan menurunkan tandatangan tuanku pada plak perasmian, sebelum mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Ketua Imam masjid berkenaan, Ahmad Fathi Muhammad.

Ahmad Fathi dalam khutbah bertajuk ‘Masjid Asas Kesejahteraan Ummah’ mengingatkan jemaah tentang kepentingan mengimarahkan masjid dengan mempraktikkan konsep ‘masjid Rahmah’ yang bersifat ramah, aman, harmoni, mesra alam sekitar dan penyubur sikap saling menghormati sesama masyarakat.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah dan mengurniakan sumbangan kepada kanak-kanak.

Masjid dua tingkat yang dibina bagi menggantikan Surau An-Nur itu siap sepenuhnya pada 4 Mei 2017 dan mampu menampung kira-kira 2,500 jemaah.

Pembinaan masjid itu dengan kos berjumlah RM13.6 juta turut menempatkan sebuah bangunan empat tingkat yang dijadikan sebagai kuarters imam dan bilal serta tempat pengajaran Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).

Tags: Al-Sultan Abdullahmasjidumat IslamYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

Masjid Jamek Sungai Pinang Berjaya Beli Tanah RM1 Juta Hasil Wakaf Umat Islam

Masjid Jamek Sungai Pinang Berjaya Beli Tanah RM1 Juta Hasil Wakaf Umat Islam

12/03/2026
0

GEORGE TOWN – Usaha mengumpul dana wakaf sejak 2023 akhirnya membuahkan hasil apabila Masjid Jamek Sungai Pinang berjaya membeli sebidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd