• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 4 Warga India Belasah Pemandu E-Hailing

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis menahan empat lelaki warga India yang membelasah seorang pemandu e-hailing sehingga cedera dalam kejadian yang berlaku berhampiran Del Mart Kedai 24 jam, Boulevard pada pukul 1.15 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah berkata, semua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun itu yang bekerja di sebuah kedai makan ditahan pada hari yang sama berikutan laporan dibuat oleh mangsa seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.

“Mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri, kepala serta pipi dan menerima rawatan di Hospital Miri akibat dicederakan menggunakan botol arak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sambil menyatakan kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Lim berkata, mangsa dimasukkan ke wad bedah bagi merawat luka di lengan sebelah kiri dan menjahit otot lengan yang terkoyak akibat ditikam dengan botol pecah oleh suspek yang ketika kejadian berada di bawah pengaruh alkohol.

“Kejadian berpunca apabila mangsa meminta ganti rugi kos minyak daripada suspek yang pada mulanya memesan perkhidmatan mangsa tetapi tiba-tiba membatalkannya,” katanya.

Tags: belasahe-hailingwarga india
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

23/12/2025
0

SEPANG: Seorang wanita warga emas yang juga pemandu e-hailing, parah di leher dan lengan kiri akibat dikelar dengan senjata tajam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd