• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbahasan RUU Antiberita Tidak Benar Kecoh

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesi petang Dewan Rakyat hari ini kecoh dengan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 oleh Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

Ketika perbahasan itu, Noh mempersoal kenyataan Veteran DAP, Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) yang mencadangkan parti itu menubuhkan jawatankuasa khas perangi berita palsu ciptaan UMNO dan PAS, sedangkan dalam masa yang sama meminta akta itu dimansuhkan.

Menurut Noh, keadaan itu memperlihatkan kerajaan hari ini bukan sahaja ‘caca marba’ dan tiada perancangan, malah tidak konsisten dalam membuat keputusan penting.

“Pemimpin DAP (juga) nampak perlu ada akta yang baharu untuk perangi berita palsu di media sosial hari ini, tetapi kena hendak mansuhkan (RUU Antiberita Tidak Benar) hanya kerana ia diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan Noh itu bagaimanapun menimbulkan perasaan kurang senang Cha Kee Chin (PH-Rasah) sebelum turut disambut oleh RSN Rayer (PH-Jelutong).

Beberapa pemimpin pembangkang daripada PAS juga tampil mempertahankan Noh dan menyokong akta berkenaan.

Shaharizukirnain Abd Majid (PAS-Setiu) berkata, Akta Antiberita Tidak Benar seharusnya dilihat sebagai pelengkap kepada akta sedia ada untuk mengekang penyebaran berita palsu di laman sosial.

“Ini sebahagian daripada pendirian (sokong Akta Antiberita Tidak Benar) PAS. Ia hadir tepat pada masanya (gelombang media sosial).

“Tetapi apa yang menjadi persoalan, mengapa kerajaan terdesak mansuh akta ini, sedangkan PH tidak terkecuali dan tidak terlepas daripada fitnah,” katanya.

Bagaimanapun, suasana kembali tenang selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Arif Md Yusof meminta ahli dewan supaya bertenang.

Tags: antiberita tidak benarDewan RakyatRUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

02/03/2026
0

Memalukan dan tidak pernah berlaku apabila usul pihak kerajaan gagal diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd