• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyertaan Salleh Dalam PKR Bimbangkan Pemimpin, Ahli

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Permohonan Datuk Seri Salleh Keruak yang ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pimpinan serta ahli parti itu terutama di negeri ini, kata Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud.

Mustapha yang juga Ketua Cabang Kota Belud berkata, kemasukan Salleh yang sebelum ini dikenali sebagai ‘The Last Samurai For Najib’ dikhuatiri menjadi liabiliti kepada PKR yang dikenali sebagai parti penggerak reformasi dan politik perubahan berdasarkan nilai kebenaran dan keadilan.

“Pengalaman dalam membina semula Kota Belud dengan membawa politik nilai (kebenaran dan keadilan) yang bertembung dengan budaya politik wang yang mengakar di bawah pimpinan lama memang sukar untuk dilupakan.

“Perjuangan reformasi yang kita angkat diperlekeh dan wang menjadi taruhan utama untuk mempertahankan kuasa. Saya boleh memaafkan tetapi amat sukar untuk melupakan sejarah pemimpin yang sentiasa menafikan potensi pimpinan terutama di kalangan generasi muda. Saya boleh berjiwa besar tapi tidak akan berkompromi dengan prinsip perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan parti itu menerima permohonan Salleh secara dalam talian untuk menganggotai PKR.

Sehubungan itu, Mustapha berharap pimpinan parti perlu menilai secara adil antara pejuang reformasi dan ‘The Lost Samurai’ itu.

Beliau berkata, Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina walaupun dikatakan lemah tetapi tercatat dalam sejarah sebagai Pengerusi PKR Negeri yang berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Naaional setelah berjuang selama 20 tahun. 

Katanya, hubungan baik dengan Ketua Menteri Sabah telah banyak membuka ruang kepada pimpinan dan ahli-ahli parti mendapat manfaat sebagai rakan kongsi dalam Kerajaan Negeri. 

“Ironinya yang mendapat dan menikmati jawatan penting yang disokong beliau (Christina) selaku Timbalan Ketua Menteri sekarang ini menjadi penyokong utama kemasukan Datuk Salleh ke dalam parti,” katanya.

Justeru, beliau berharap pimpinan PKR Pusat terutama Presiden Parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membuat penilaian dan pertimbangan yang adil. 

“Kami sayangkan parti yang kami dokong sejak 20 tahun dan mahukan agar laluan untuk menjadi Perdana Menteri Kelapan dipermudahkan.

“Jangan persiakan harapan rakyat yang ingin melihat politik perubahan berlaku. Ramai lagi pejuang-pejuang yang tidak didendang perlu diberi perhatian daripada menambah liabiliti kepada parti,” kata Mustapha.

Tags: PKRPKR SabahSalleh said keruak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Netizen Lancar Kempen #BoycottFoodpanda #UninstallFoodpanda

Next Post

Mahathir Beri Gambaran Lagi Banyak Kategori Kena SST

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Mahathir Beri Gambaran Lagi Banyak Kategori Kena SST

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd