• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendidikan Percuma Peringkat Universiti

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan dalam peringkat akhir meneliti mekanisme terbaik bagi menyediakan pendidikan percuma untuk pelajar universiti.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik, berkata ia sekali gus membolehkan janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) itu akan ditunaikan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Pendidikan percuma kalau lihat di peringkat persekolahan (rendah dan menengah), memang tidak dikenakan bayaran yuran kepada murid sekolah dan itu dikira percuma.

“Apa yang dibincangkan (dalam manifesto) pendidikan percuma adalah di peringkat universiti.

“Selain itu, subsidi diberikan kerajaan, masih terdapat yuran minimum dibayar oleh pelajar (universiti) dan ini masih lagi di peringkat penelitian terakhir kita untuk melihat mekanisme terbaik.

“Insya-Allah dalam tempoh dua ke tiga tahun hadapan, kita akan cuba memastikan janji yang kita sebutkan itu, akan ditunaikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai status pendidikan percuma untuk pelajar seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.

Menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berhubung statistik pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), Maszlee menjelaskan, jumlah deposit bagi tempoh Januari hingga September lalu adalah sebanyak RM475.6 juta.

Jumlah itu merekodkan peningkatan berbanding RM400.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

“Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut mempunyai produk lain iaitu SSPN-i Plus yang dilancarkan pada tahun 2015 dan prestasinya turut menunjukkan trend peningkatan.

“Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, jumlah deposit adalah sebanyak RM106 juta berbanding RM86 juta dalam tempoh sama tahun lalu dan RM31.6 juta untuk tahun 2017,” katanya. – BH Online

Tags: KPMManifesto PHMaszlee Malikpendidikan percuma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd