• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembesar Suara Masjid, Surau Tak Perlu Diperlahan – Tunku Ismail

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sepucuk surat berkaitan titah Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya pembesar suara di surau dan masjid di negeri ini tidak perlu diperlahankan tular hari ini.

Surat bertarikh 29 September itu disahkan diterima oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bertarikh 30 September dan Timbalan Pengarah Operasi JAIJ pada 3 Oktober (semalam).

Antara isi kandungan surat tersebut, “Dengan hormatnya menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim Pemangku Raja. YB Datuk dipohon untuk mengambil tindakan lanjut kepada masjid-masjid dalam negeri Johor.

“Masjid-masjid di seluruh negeri Johor berperanan bagi melaksanakan program-program dakwah seperti pengisian rohani berbentuk tazkirah, kuliah dan ceramah perdana dan ia juga berperanan sebagai menyampaikan syiar Islam.

“Penggunaan pembesar suara juga digunakan untuk melaungkan azan sebagai memperingatkan umat Islam masuknya waktu solat di kawasan yang berhampiran. Penggunaan pembesar suara juga digunakan untuk menyampaikan tilawah al-Quran dan sesekali juga digunakan sebagai ceramah atau pengajian tertentu.

“Maka penggunaan pembesar suara sebagaimana biasa tidak perlu diperlahankan.

“Peranan institusi masjid ini perlu dihormati dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat di negeri Johor tambahan agama Islam adalah agama rasmi di negeri Johor.”

Surat ini juga disahkan oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Surat berkenaan dimuat naik di Facebook Viral Media Johor dan netizen sebulat suara bersyukur dan menyokong penuh usaha Pemangku Raja Johor itu.

Hajjah EM menulis di ruangan komen “Dari zaman datuk nenek azan berkumandang dari corong pembesar suara setinggi bumbung masjid. Tiada masalah besar pun. Salute TMJ mengekalkannya. Alhamdulillah.”

Angel pula menulis, “Alhamdulillah syukur… semoga Islam tetap unggul dalam Malaysia… Ya ALLAH bantulah kami untuk mengukuhkan syiar Islam ya ALLAH… Amin.”

Untuk rekod, pada Ogos lalu surat daripada penduduk di Kampung Kayu Ara Pasong Pontian, Johor yang mahukan laungan azan daripada pembesar suara diperlahankan turut tular.

Mereka membuat aduan kepada Pejabat Kadi Daerah Pontian supaya bunyi daripada pembesar suara sama ada semasa azan atau sebarang aktiviti disederhanakan. – Sinar Harian

Tags: masjidpembesar suarasurauTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kor Ming, Peruntukan Sekolah Dari Wang Rakyat Bukan PH

Next Post

Kit Siang Persoal Penganjuran Kongres Maruah Melayu

Related Posts

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak...

Next Post

Kit Siang Persoal Penganjuran Kongres Maruah Melayu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd