• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Tersepit Lebih 4 Jam Berjaya Diselamatkan

oleh
25/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selepas lebih empat jam seorang pemandu lori tersepit apabila sebahagian daripada kenderaan berat yang dipandunya ditimpa runtuhan jejantas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, di sini, berjaya dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada jam 2.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata mangsa mengalami kecederaan teruk di kedua-dua belah tangan dan kaki.

“Mangsa sudah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 malam selepas lori dipandu mangsa melanggar jejantas pejalan kaki itu, mengakibatkan ia runtuh menimpa kepala lori dipandu mangsa.

“Bomba terpaksa menunggu kren untuk mengangkat bahagian runtuhan itu sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

BH sebelum ini melaporkan sebuah jejantas di hadapan SMK Jalan Kebun yang dikatakan baru siap dibina dan belum digunakan, roboh dipercayai akibat dilanggar sebuah lori, malam tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam menyebabkan pemandu lori itu tersepit di bawah runtuhan berkenaan.

Kejadian itu turut dimuat naik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni ke akaun Instagram miliknya.

Mohd Zawawi berkata, difahamkan pemandu lori itu baru selesai menuang bahan untuk menaik taraf jalan di situ dan dikatakan terlupa menurunkan bahagian belakang kenderaan terbabit sebelum terlanggar jejantas berkenaan.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan balik dari Majlis Sambutan Deepavali MPK (Majlis Perbandaran Klang) dan terus bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam akaun Instagram beliau. – BH Online

Tags: pemandu loriruntuhan jejantasTersepit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

07/10/2025
0

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar batu dalam kejadian di sebuah kilang memproses tar jalan raya di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd