• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluru Tembus Tengkorak Gajah Pigmi

oleh
01/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap bangkai gajah pigmi yang ditemukan mati di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, pada Khamis lepas berpunca daripada peluru yang digunakan menembusi tengkorak gajah malang itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, di kiri dan kanan badan gajah itu terdapat kesan lebih kurang 70 peluru tabur, namun tidak menyebabkan kematian kepada gajah berkenaan.

“Banyak kesan tembakan di badan tetapi itu mungkin hanya menyebabkan kesakitan tetapi salah satu peluru itu menembusi tengkorak gajah berkenaan dan gadingnya telah dipotong serta diambil pemburu,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian ‘5th Asia Protected Areas Partnership (APAP) Technical Workshop on Tourism and Visitor Management in Protected Areas’ di sini hari ini.

Augustine turut menjelaskan, bahawa gajah berkenaan adalah gajah jantan dewasa yang berumur antara 20 hingga 30 tahun dan bukan gajah betina seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau berkata wang ganjaran sebanyak RM30,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat, bagi mengesan pemburu yang terlibat dalam aktiviti itu dan bantuan orang ramai amat diharapkan untuk menyalurkan sebarang maklumat.

“Kawasan berkenaan tidak ramai penduduk tetapi JHL akan terus berusaha untuk mencari mereka yang bertanggungjawab melakukan pemburuan haram itu,” katanya.

Pada Khamis lepas, sekumpulan pemancing menemukan bangkai gajah pigmi di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, dekat Tawau, dan dipercayai mati antara tiga hingga empat hari.

Tags: gajah pigmipelurupembunuhan kejam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Berusaha Bina Keupayaan Tembak 2,000 Peluru Berpandu Serentak Ke Arah Israel

Iran Berusaha Bina Keupayaan Tembak 2,000 Peluru Berpandu Serentak Ke Arah Israel

12/11/2025
0

OLEH MYNEWSHUB Kuala Lumpur, 11 November — Republik Islam Iran dilaporkan sedang membangunkan keupayaan ketenteraan baharu yang mampu melancarkan sehingga...

Bom, Peluru Hidup Ditemui Dalam Stor Pili Bomba

21/10/2019
0

GEORGE TOWN - Polis menjumpai dua butir bom tangan dan lebih 600 butir peluru pelbagai jenis di dalam sebuah stor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd