• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Baharu Universiti Diputus Selepas Perkenan Sultan Mizan

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Nama baharu universiti hasil penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hanya akan ditentukan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin berkata, perkara itu telah dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyediakan cadangan kerangka universiti baharu hasil penggabungan itu.

Katanya, Maszlee telah meminta jawatankuasa khas itu memberi idea serta mencipta beberapa nama yang bersesuaian susulan bantahan antara kedua-dua universiti terbabit yang sebolehnya tidak mahu menenggelamkan nama masing-masing.

“Ada cadangan supaya penggabungan ini tidak menyebabkan UMT ‘telan’ UniSZA atau UniSZA ‘telan’ UMT…jadi Menteri Pendidikan tegaskan bahawa ia tidak akan berlaku sedemikian,” katanya pada sesi soal-jawab bersama lebih 200 pelajar UMT dan UniSZA, di sini, pada Ahad.

Majlis selama lebih tiga jam itu juga turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir serta beberapa ahli lembaga pengarah dari kedua-dua universiti tersebut.

Menjawab soalan salah seorang pelajar yang mempertikaikan keputusan kerajaan untuk melakukan penggabungan, Cairul Iqbal berkata Kementerian Pendidikan hanya melaksanakan apa yang dihasratkan, namun tidak mustahil ia akan berubah jika berlaku sebarang keputusan lain oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Untuk mengubah keputusan Kabinet ia bukanlah kami (jawatankuasa khas), tapi pihak saudari (pelajar) telah menghantar memorandum kepada Dr. Mahathir…beliau akan membuat keputusan. Jika Dr. Mahathir kata untuk mengubah, kita akan bantu untuk ubah keputusan tersebut.

“Tetapi jika Dr. Mahathir tidak melayan memorandum tersebut, penggabungan ini akan kita teruskan. Ia jelas dan kehadiran kami di sini untuk mendengar apakah cadangan dan keluhan yang kita harap tidak berlaku apabila terlaksana penggabungan nanti,” katanya.

Selain itu, Siti Hamisah berkata kerajaan bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan itu dan ia tidak sepatutnya menjadi perdebatan lagi sebaliknya perlu bersama-sama menjayakan hasrat tersebut.

Beliau turut menegaskan kementerian bukanlah pihak yang mahu menidakkan kehendak pelajar sebaliknya akan mendengar serta mengambil kira pandangan untuk perhatian Kabinet.

Tags: Sultan Mizan Zainal AbidinUMTUniSZa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

7 Ironi Dalam Belanjawan 2020 Kerajaan Pakatan Harapan

Next Post

Elaun Bomba, BN Luluskan Tapi PH Batalkan – Najib

Related Posts

Anak Buaya Sesat Masuk UniSZA

Anak Buaya Sesat Masuk UniSZA

16/02/2025
0

Besut : Seekor anak buaya tembaga tersesat masuk ke kawasan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, pagi semalam....

UniSZA Terima 1,845 Pelajar Baharu Bermula 1 Ogos

UniSZA Terima 1,845 Pelajar Baharu Bermula 1 Ogos

31/07/2022
0

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sedia menerima 1,845 pelajar baharu bagi sesi Akademik 2022/2023 bermula 1 Ogos...

Next Post

Elaun Bomba, BN Luluskan Tapi PH Batalkan - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd