• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mulut Patriot ‘Terkunci’ 7 Bulan Lalu

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang didakwa mengunci mulut selama tujuh bulan ketika Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) lewat mengumumkan agihan dividen 2018.

Bagaimanapun, katanya, Patriot ‘hidup kembali’ apabila Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dikritik hebat selepas mengumumkan dividen LTAT paling rendah kepada 2% dalam sejarah.

“Nampak sangat slogan depa sudah bertukar dari “Selamatkan Malaysia” menjadi “Selamatkan Menteri-menteri PH”,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Presiden Patriot, Datuk Mohd Arshad Raji dalam kenyataannya berkata, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa berhenti mempolitikkan pengumuman dividen dua peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Datuk Mohd Arshad Raji, berkata Najib dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak layak untuk mengkritik kerajaan kerana penurunan ketara prestasi kewangan LTAT adalah berpunca daripada mereka.

Selain itu, katanya, ahli politik kerajaan dan pembangkang perlu berhenti mempolitikkan isu salah urus kewangan LTAT sehingga laporan lengkap berhubung siasatan menyeluruh mengenainya dikemukakan juruaudit.

“Laporan juruaudit LTAT oleh Messrs Ernnst & Young mendapati transaksi terdahulu mengandungi potensi kelemahan dan ketidaktentuan dalam operasi, kewangan serta perundangan, bagi tempoh antara 31 Disember 2017 dan 31 Disember lalu.

“Terdapat tujuh penemuan utama dalam kelemahan dan ketidaktentuan dalam kewangan dengan dua daripadanya memberi impak kecuaian dan ketidakcekapan pentadbiran terdahulu, termasuklah bekas perdana menteri dan bekas menteri pertahanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, LTAT mengumumkan dividen dua peratus untuk ahlinya membabitkan jumlah agihan RM161.2 juta dengan ia akan diagihkan minggu ini.

Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata, pendapatan bersih (belum diaudit) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 bagi LTAT adalah RM221 juta. – MalaysiaGazette

Tags: Lembaga Tabung Angkatan TenteraNajib Tun RazakPATRIOT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd