• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti WP Doakan Pitt Haniff Termasuk Golongan Syahid Akhirat

oleh
28/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendoakan anak kepada pelakon veteran tanah air, Fauziah Nawi, pengarah filem, Pitt Haniff atau Mohd Firdaus Mohammad Haniff, 43, termasuk dalam golongan syahid akhirat dan diangkat tinggi darjatnya dalam syurga.

“Saya membaca laporan akhbar berkenaan pemergian Mohd Firdaus dengan penuh dukacita.

”Apa yang berlaku, telah pun berlalu. Saya berharap dan mendoakan semoga kematian Almarhum Mohd Firdaus termasuk dalam ketentuan syahid akhirat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah,” Riwayat Bukhari (653) katanya menerusi perkongsian di Facebooknya satu jam lalu.

Dalam masa sama, beliau berkata, saat menonton rakaman video ibu Allahyarham, Fauziah menerusi siaran langsung di Facebook menyedarkan bahawa itulah kasih sebenar seorang ibu.

“Buat Hajah Fauziah Nawi dan keluarga, kesabaran dan ketabahan anda semua adalah contoh buat kami.

“Kami juga mendoakan anda sekeluarga supaya terus kuat menghadapi dugaan kehilangan insan yang tersayang. Kita yakin, banyak hikmah-Nya atas setiap musibah yang diberikan oleh-Nya.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada Almarhum Mohd Firdaus. Semoga rohnya dicucuri rahmat, mendapat syahid akhirat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.

Terdahulu, jenazah Mohd Firdaus telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi tadi.

Pengarah filem Coast Guard itu meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang cahaya mata.

Pada Sabtu lalu, Allahyarham dilaporkan hilang di Sungai Jelai, Kampung Mela, Kuala Lipis Pahang, apabila bot fiber yang dinaiki bersama seorang rakannya ketika memancing terbalik selepas berlanggar dengan tiang jambatan Gemunchur.

Jenazah Allahyarham ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.25 petang Ahad. – Sinar Harian

Tags: pitt haniffsyahid akhiratZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Maut Dalam Nahas Libatkan 13 Kenderaan

Next Post

Karmaine Sardini Calon PH Bagi PRK Tanjung Piai

Related Posts

Syahid Akhirat Buat 2 Anggota Terkorban Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Syahid Akhirat Buat 2 Anggota Terkorban Serangan Balai Polis Ulu Tiram

20/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kematian dua anggota polis dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, diputuskan sebagai syahid akhirat. IKUTI CHANNEL...

Dr Zulkifli Perjelas Isu Hadis Sultan Merupakan Bayangan ALLAH

04/06/2021
0

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta orang ramai...

Next Post

Karmaine Sardini Calon PH Bagi PRK Tanjung Piai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd