• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Rayu Keputusan Mahkamah Lantikan Pengarah JANS

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini yang mengisytiharkan pelantikan Amarjit Singh sebagai pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada tahun lalu tidak sah.

Walaupun menghormati keputusan mahkamah, katanya, proses rayuan perlu dibenarkan supaya perkara itu boleh diselesaikan secepat mungkin.

Pada 9 Oktober lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Ravinthran Paramaguru mengisytiharkan pelantikan Amarjit bertentangan Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 yang menyatakan hanya penjawat awam boleh dilantik ke jawatan kanan JANS.

Tetapi, Liew berkata, Seksyen 3(2) Enakmen Bekalan Air Sabah mungkin tidak terpakai ke atas Amarjit.

“Dengan mengguna pakai pendekatan interpretasi statut secara literal, pengarah tidak boleh disamakan dengan ‘pegawai’ sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 3(2) enakmen tersebut.

“Seksyen 3(2) tidak boleh dibaca secara berasingan tanpa mengambil kira Seksyen 3(2) dan Seksyen 2 yang mentakrifkan ‘Pihak Berkuasa Air’,” katanya di lobi Parlimen hari ini sambil menambah Seksyen 2 mentakrifkan “Pihak Berkuasa Air” ialah pengarah JANS, bukannya pegawai seperti dalam Seksyen 3(2).

“Dalam erti kata lain, pegawai dalam Seksyen 3 tidak termasuk pengarah JANS kerana beliau merupakan ‘Pihak Berkuasa Air’.”

Kes itu difailkan bekas ketua menteri Sabah, Yong Teck Lee yang juga presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) dan ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung pada 19 Mac lalu.

Mereka mendakwa pelantikan Amarjit pada Ogos 2018 melanggar undang-undang kerana beliau bukannya penjawat awam, tetapi disebabkan jawatannya sebagai setiausaha Warisan Bahagian Putatan yang juga parti pemerintah di Sabah. – FMT

Tags: Amarjit Singhjabatan air sabahJANS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cara Kerja Kakitangan JANS Perlu Punyai Elemen IR4.0

17/12/2018
0

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata cara bekerja kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) perlu...

Pengurusan Air Di Sabah Tidak Memuaskan – JAN

21/11/2016
0

KOTA KINABALU - Pengurusan kawal selia air di Sabah 'kurang memuaskan', menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd